Saturday, December 17, 2011

Fattabiouni.

Masa aku balik kampung harituh, Ayah Su aku tanya.


"Penah tengok fattabiouni tak?"
"Hah? Tak. Cerita apa tu?" tanya aku.


Tanpa cakap cerita apa, dia bukak komputer tablet dia. Dah bukak, dia bukak youtube. Pastuh dia cakap.


"Tengok ni".


Pastuh aku pun tengok la. Dalam hati, aku cakap "Oh, best jugak."


"Fattabiouni ni ada kat tv Al-hijrah. Setiap kali lepas azan Asar ada la rancangan ni. Tak lama, kejap je. Bagus rancangan ni, dia bla bla bla." Terang Ayah Su lagi.


Pastuh bila dah balik rumah, aku tengok la rancangan tu. Serious, memang bagus rancangan ni. Kalau rumah korang takde tv Al-Hijrah, boleh tengok kat Youtube. Type je Fattabiouni Malaysia.


Segalanya di hujung jari. Nak dengan tak nak je.




Memandangkan aku ni seorang yang tinggi degree of curiosity nya, aku google lagi pasal ni. Rupa-rupanya, fattabiouni ni maksud dia, ikuti aku. Maksud aku tu merujuk kepada Nabi Muhammad.


Pastuh aku jumpa la page dekat facebook pasal ni. Aku pun like lah laju². Hihi


Objektif sebenar dia adalah untuk menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW yang sudah banyak ditinggalkan.


Aku cadangkan korang tengoklah jugak. Dan amalkan lah sekali. Sunnah nabi ni, simple je. Tapi pahalanya, Masya Allah.


 Ni antara sunah yang simple yet sangat besar pahalanya. Doa lepas ambil wudhuk.


أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ


Maksud: Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasul-Nya.

Fadhilat: Akan dibuka 8 pintu syurga buatnya dan dia boleh memasuki mana² pintu syurga yang dia kehendaki." Riwayat Imam Muslim & Imam Ahmad ra.



p/s: Time aku ingat, aku ingat kan korang. Time aku lupa, ingatkan aku. <3


Bui-bui

3 comments:

Huda Diaz said...

tak pernah dengar sebelum ni. :O

Time aku ingat, aku ingat kan korang. Time aku lupa, ingatkan aku
kudos

Muhamad Zaki Zafir said...

same,xprnh dgr.tp xpe igtkn semua jgk. :)

Maicher said...

same goes here. banyak lagi yang tak penah dengar. like this page. it's beneficial.

https://www.facebook.com/fattabiounimalaysia

:)