Monday, January 8, 2018

Motherhood.


Tadi ada mesyuarat Badan Bertindak tahun 6.
Sebagai bendahari merangkap cikgu matematik tahun 6 aku kena la masuk meeting tu.

Nak dijadikan cerita, ada sorang cikgu senior ni masuk bilik mesyuarat lambat, pastu mata dia berair.

Aku yang sememangnya awkward penguin serious taktau nak buat apa. Tapi dulu masa kecik-kecik selalu tengok drama melayu bila dia nak comfort kan orang kena hug orang tu then gosok-gosok sikit belakang dia, aku pun buat lah benda sama.

Weh tapikan, makin laju pulak air mata dia berjujuran!

Ya Allah apa aku buat ni. Comfortkan amende gini makin nanges orang aku buat ada la.
Nak cakap something to soothe her tapi serious taktau nak cakap apa. Takut jugak tersalah cakap.

Jadi aku biar je dia nanges. Pastu nampak dah reda sikit baru aku tanya kenapa.

Dia cakap, "Akak penat Mai. Lepas satu-satu..."

Hmm.. the rest are history. Pasal anak-anak rupanya. And how hard it is to cope with motherhood.

Sebenarnya kan aku rasa, at some point in life, semua orang akan rasa perasaan "penat" tu. Teringat kawan aku pernah pesan, sekali sekala kita kena berkhalwat (berseorang) dalam hidup ni. Ambik masa menyendiri, jauhkan diri dari orang ramai untuk releks dan refleks tentang seluruh kehidupan kita.

Dan walau apa pun perasaan yang kita rasa, ingat satu jelah. Yang ianya sementara. Semoga yang baik-baik sahaja untuk semua. Baru 8 hari menjengah 2018, tapi dah rasa bahang ujian Ilahi tuh.

Tapitakpaa, Allah kan ada. Santai aje meniti jalan takdirnya ;)


Bui-bui.