Wednesday, March 26, 2014

March The Marshmallow.


If I were to choose a word to sum up this month (March), I would pick gilerbusypenatnakpengsan.

That is not an exaggeration. Tanya la sesiapa pon Semester 5 Class of Mathematics. Nescaya jawapan nya beteraskan skema yang sama. Takdo makno eh diri ini nak tokok tambah fakta yang memang jelas terbukti kebenarannya.

Load of works. Piles of assignments. Full of activities. Phewh. I'd say it was really tiring. Physically and mentally.

Kepenatan yang diterjemahkan dalam sebuah jadual.


Pastuh ditambah plak masa first week or second week of March I'm not sure, keadaan Seremban sangat teruk dengan jerebu yang bacaan IPU nya around 170, cuaca yang sangat panas dan suhu yang begitu tinggi level semak tepi jalan boleh terbakar, and TAKDE AIR kat hostel!!

Masya Allah. Only Allah knows how terrible was that week. Rasa nak menangis mengenangkan ujian yang didatangkan Allah taala di kala tika dan saat itu. Tapi Alhamdulillah. Diri ini masih survive. 

It's all about how we look at things after all. Orang yang positive and realistic sahaja yang akan survive dengan jayanya di dunia yang fana lagi sementara ini. Ceh benda dah lepas bleh la aku cakap camtew. Padahal sepanjang kejadian mulut asyik dok berzikir Ya Allah tolonglah aku Ya Allah, Ya Allah aku tak sanggup camni tak mandi pastu makan minum pun kena beringat sebab takut nanti nak buang air takde air plak Ya Allah perkenanakanla doaku Ya Allah.. 

Ditambah plak dengan berita kehilangan pesawat Boeing 777 tu. Lagi la aku ter distract. Mula-mula bukak laptop nak buat assignment, tapi ternampak link pasal news tu. Lepas baca satu artikel, eh ada plak link lain siap disertakan dengan video. Eh alamak. Last last masa habis kat situ je. Bukan la buang masa jugak sebab benda tu kan current issue, so mesti la kena up-to-date dangan perkembangan semasa hehe.

Ok. Selesai mengharungi minggu yang getir tu, akhirnya settle gak assignment dan telah selamat dihantar hari Sabtu tu. Lalu aku balik la Home Sweet Home di Kuala Lipis setelah itu. Sampai around 5.00pm then malam tu bertolak balik kampung lak.

Masya Allah. Ujian sungguh. Aku baru ja sampai rumah. Niat di hati ingin berehat membalas dendam kesumat setelah berpenat lelah asyik tido kol 2-3pagi and paling awal pon kol 1pagi. Nah, kena balik kampung lah pulak huhu.

Not that I don't like balik kampung, tapi balik rumah pun jarang-jarang. Lately lagi la jarang sebab weekdays dah penat. So weekend ja la time nak rehat jap. Biasanya twice a month akan balik. Tapi this month tak penah balik langsung. So I thought, I would just stay at home and takmau pi mana-mana.

Tapi tulah. Bapak pon ada mak jugak nak dijenguk. And sebagai anak, I got to understand jugak la keadaan dia. So duduk la kampung sampai hari Selasa 25 March 2014.

Hari ini, 26 March 2014 diri ini sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya dapat jugak tido atas katil sendiri bukak laptop tengok tv dan buat apa sahaja oh seronoknya! I'm a carefree la for a week then bukak ni terus praktikum plak zzzzz dan berakhir la zaman bersenang lenang. Tapitakpaaa.

One step at a time, people.

Tu sajelah sejarah untuk bulan March tahun 2014 kali ini. Doakan diri ini tabah menghadapi sisa-sisa kehidupan penuh berliku ini. Terima kasih banyak!

p/s: Sepa ada nak bagi tips untuk praktikum?


Bui-bui.



Tuesday, March 18, 2014

O Allah, save us.


Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: " Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat Al-Bukhari)

Jelas yang kita kena hati-hati memilih 'apa' dan 'siapa' yang kita cintai.

Teringat Ustaz Afif Yahya cakap semalam. Dunia ni penuh penipuan. Nampak pada zahirnya cantik, elok, mulia dan sebagainya. Tapi pada dasarnya, Allah saja lah yang mengetahui.


Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang menyesal bila dibangkitkan nanti. Doakan saya yang lemah dan sering alpa ini.

p/s: Takut plak baca pasal MH370 ni. Follow @BradoKapak untuk tau info padu pasal isu ni. Hoping that everything will turn out fine. What WW3 and 4? No. Please no.