Monday, November 21, 2011

Touch & Go!


Memang tak dapat dinafikan lagi, memiliki kad Touch & Go sangat memudahkan hidup saya. Kehidupan saya kini berbeza dengan kehidupan saya yang dulu. Saya tidak perlu lagi beratur panjang setiap kali nak beli tiket. Gembira sungguh hati ini.


Bagi yang tak tau, kad ni universal. Maksud universal di sini adalah kita boleh guna untuk banyak benda.  






KTM, LRT, toll, parking, fast food, petrol dan berbagai-bagai lagi. Tapi bagi saya, kegunaan optimum adalah tertumpu pada LRT dan KTM.


Kita hanya perlu reload kad ini untuk terus menggunakannya. Mudah bukan? Tahniah buat kerajaan Malaysia yang berjaya mencari insiatif untuk membahagiakan hidup rakyatnya. Thanks, I appreciated it. :')


Baiklah, sekarang saya akan sampaikan main point entry ini. Sebenarnya sesuatu telah terjadi ke atas saya semasa menggunakan kad ini beberapa hari yang lepas untuk pulang ke rumahku syurgaku sempena cuti semester.


Begini ceritanya.


Seperti biasa daripada Seremban, saya menggunakan komuter untuk menuju ke destinasi yang saya inginkan. Sudah tentu, saya menggunakan kad sakti tersebut untuk melepasi mesin tiket. Dan seperti yang disangkakan, saya berjaya dengan jayanya.


Namun setelah sampai di stesyen Bandar Tasik Selatan, mesin tiket sepertinya tidak mahu memberi laluan kepada saya. Saya hairan.


Akhirnya datanglah seorang abang KTM yang bertugas. Dia datang dengan membawa satu alat. Perasaan cuak muncul dengan tidak semena-mena. 

Setelah diperiksa, baki kad saya yang tidak mencukupi menjadi punca saya tidak dapat melepasi gate itu. Saya kemudiannya dengan yakin memberitahu abang tersebut bahawasanya saya baru sahaja reload kad tersebut. Jangan cuba nak membohongi saya ya abang KTM.  




Dia kemudian menjelaskan apa yang tengah berlaku sekarang ni. Rupa-rupanya...


Masa saya balik cuti Raya Haji dulu, kad itu tidak di detect oleh mesin tiket. Hasilnya, kad saya tidak ter detect. Jadi saya hanya terus keluar menggunakan gate biasa. Saya ingat tiada apa² yang berlaku. Perkiraan saya meleset.


Saya telah di charge RM10 kerana kad saya tidak di detect di laluan keluar. Oh sebab tulah baki saya tidak mencukupi. Dalam keadaan serabai, saya still remain cool. Padahal, blerghh.


Mujurlah penjaga KTM itu baik. Saya berjaya keluar tanpa dikenakan apa² denda. Terima kasih penjaga KTM. 


Sebelum berlalu, penjaga KTM tersebut sempat memberi pesan. "Lepas ni dik, make sure mesin tu keluarkan bunyi double buzz dulu, baru la bleh lepas. Kalau tak bunyi jugak, letak je kad tu sampai la kad tu di detect"


Oh baiklah, baiklah. Macam tu rupanya. T.T


p/s: Siapa agaknya pemilik LRT ni eh? Rasa nak buat jugak sebijik. T.T



5 comments:

Unknown said...

haha ayat macam karangan budak sekolah :D

kau nak buat apa sebijik? T_T

Maicher said...

terhibur tak? haha.

nak la. untung kalau memiliki LRT ni.ada satu pun dah lepas buat sara hidup. ;p

Nurhafizah said...

belum ada . hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

ni entry dari ADS nuff tu yer?
Tahniah bro!

Maicher said...

takde la. tak penah dapat pon.
tak sampai tahap tu lagi momoy T.T