Friday, December 31, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

Tak tergambar perasaan ini rasanya, bila aku akhirnya selesai membaca Novel Sejarah Islam kali ni. Sriyes, walaupun harga bukunya agak mahal (bagi aku lah cos aku takde gaji lagi),tapi, benda yang aku dapat daripadanya memang tak terbayar harganya dengan duit-muit. Subhanallah. Macam mana la aku nak bagitahu korang ni. Perasaan aku sekarang gembira, bersemangat, and dalam masa yang sama aku rasa sedih jugak.(nanti part last aku betau kenapa plak aku rasa sedih).


Sultan Muhammad Al-Fateh | Penakluk Konstantinopel


Berikut adalah informesyen tentang buku ni.

Tajuk : Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel
Penulis : Abdul Latip Talib
Pengedar : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : RM ##.## (takde ar mahal mane pon)


Sengaja aku letakkan deskripsi buku tu. Hemmm… mana la tau kot-kot ada yang berminat nak baca jugak. Wink wink^^

Sekarang ni aku nak cite sikit lah tentang buku ni. So sekarang, korang tarik nafas panjang-panjang, dan hembusss. Oh sebelum tu, mulakanlah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Bismillahirrahmanirrahim…. Sekarang bersedia ? Jom terjah lagi kat bawah.

Untuk pengetahuan korang, dari zaman dulu kala lagi, pemimpin-pemimpin Islam ni bercita-cita untuk menakluki Kota Konstantinopel. Korang rasa kenapa? Tak tahu? Okayh aku bagitau. Sebab, zaman dulu, sesiapa yang dapat menguasai tempat tuh, dia seolah-olah telah menguasai dunia. Fuhh..hebat kan? Hal ini demikian disebabkan kedudukan Kota Konstantinopel yang sangat strategik.(nak tahu camane strategiknya tempat ni, korang baca la buku ni sendiri).


“…kalaulah dunia ini sebuah Negara, maka Konstantinopel ini lah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”

- Napoleon Bonapart –


Daripada pemimpin-pemimpin yang hebat seperti Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufiyan, Sultan Sulaimna, Khalifah Harun Al-Rasyid, Sultan Beyazid yang cuba menakluki Kota Konstantinopel , semuanya gagal. Tapi akhirnya ternyata, berjaya ditakluki oleh Sultan Muhammad Al-Fateh (al-Fateh adalah gelaran yang bermaksud Sang Penakluk),yang pada ketika itu hanya berusia 21 tahun! Uhh mak aihh..mudanya! kalau nak dibandingkan dengan kita sekarang, pada usia 21 tahun ini, masih lagi main-main dan tak serius dalam kehidupan. Berbeza sungguh dengan pemuda tampan yang menyandang pangkat sebagai sultan ini. Adil, bijaksana, berpandangan jauh, berkaliber dan banyak lagi.


“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik”

- Nabi Muhammad S.A.W –




Namun, pada tanggal 3 Mei 1481, Sultan Muhammad Al-Fateh yang pada ketika itu berusia 49 tahun mangkat akibat diracun. Walaupun begitu, beliau redha dengan ketentuan ilahi dan berpuas hati kerana akhirnya hadis nabi menjadi kenyataan.(hadis yang kat atas ni lahh).Sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berwasiat kepada anakandanya. Isk..isk.. nilah part sedih yang aku nak betau nih. Ikuti wasiatnya…



“Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahanda tidak menyesal denga apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentinagn lain janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik yang mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting. Hindarilah bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.

Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-Nya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanjakan harta Negara dengan befoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu”


Sekian saja lah ceritanya. Memang banyak sebenarnya benda yang nak diceritakan. Tapi aku tau korang akan boring kesuntukan masa untuk baca post yang panjang-panjang. Yelah, aku faham, korang nak kena mengaji Quran, solat sunat and so on-so on lagi kann.

p/s:agak-agak korang, kenape aku sedih?


Bui bui.

4 comments:

Encik Ska said...

Encik Ska memang minat buku-buku Abdul Latip Talib ni :)

iKhRam said...

salam
mai
kenapa mai sedey??
kalau mai tak nak citer kat blog mai..
jawablah kat blog saya

saya nak tau kenapa
apa sebabnye??

pipoq said...

adakah ko telah mempergunakan harta negara untuk berpoya poya di dunia maya dan melebihkan penggunaannya lalu membuatkan ko merasa sedih ?

Maicher said...

pipoq. salah salah. tapi dah hampir-hampir tuh.