Tuesday, December 14, 2010

Jangan terpedaya!


Hai semua.
Oh ya Assalamualaikum dan salam sejahtera.
setelah menerima segala pendapat kawan-kawan, macam ramai jea yang nak suruh gunakan perkataan aku. Bak kata
ikhram, aku tak semestinya membawa maksud yang kasar, tapi macam kita cakap ngan diri sendiri. kan ikhram kan? hehehe. aku nak cakap pasal marah sebenarnya.beberapa hari yang lepas aku ada termarah dekat sorang hamba Allah ni. Mark my word there, TERmarah okay. maksudnya bukan sengaja nak marah la kan.




Aku ni sebenarnya bukan la spesies yang pemarah, ke panas baran ke hape pon. pada kebiasaannya, kalo aku marah pon, aku akan diam jea.yelah, kalo pihak sbelah sana marah, aku pun marah, lagi terok la jadiknya.so lagi baik la kalo aku diam jea kan.



Tapi tak tahu laa. agaknya setan berpangkat jeneral kot yang meresap ke dalam badan aku hari tu. aku dah termarah sorang hamba Allah ni. Memula tu aku buat cam biasa aku buat arr. Buat apa?? Ya tepat skali, DIAM. Tapi bila dah lelame, rasa cam hamba Allah ni dah naik lemak plak. Lagi aku diam, lagi dia hentam! Tyme tuh dia dah panas, aku pon dah hangat. Muka dah merah, telinga pon dah panas. Aku pon apa lagi, buatla serangan balasssssss!!!



Hahahaha. Bila dah dua tiga jam berlalu, aku mula menyesal dengan tindakan aku. Kalau aku diam jea tadi takde laa kitorang gadoh. Walaupun pada pendapat aku bukan aku yang salah, and of course lahh pikah belah sana pon rasa bukan dia yang salah kann? grrrr.. So, sebagai manusia yang dikurniakan otak dan akal fikiran untuk berfikir, aku mengambil langkah yang matang. (walaupun umur aku jauh lebih muda, remaja daripada hamba Allah tu) Ya, berdamai. Sebab suma ni si setan punya kerja. Alhamdulillah, dah okay pon skarang. wink wink^^

Moralnya, kita kenalah bijak mengawal perasaan, dan sentiasa berfikiran matang. Kalau korang biar perasaan korang di conquer oleh si setan, maka huru-hara lahh hidup korang. Yelah, setan ni hebat korang tahu??? Kes-kes maksiat, rogol, buang anak, mencuri, merompak dan yang sewaktu dengannya tuu, siapa master mind dia???? Syaitan lahh!



Nauzubillah. Semoga kita sama-sama berusaha untuk menjauhi cik syaitan ni lagi. Shuuuhhhh..nyah kau dari sini! Pegi main jauh-jauh la.

okaylah, sekian sahaja.

bui bui :)


3 comments:

Unknown said...

syaitan master mind..memang betul pun..

iKhRam said...

hahaha.. biar saya tergelak dulu...
sebab nama saya ada dalam blog orang.. wow!
bley kot dianggap perkara yg baik kan?? betul tak?

ok topik hari ni ialah MARAH..
klau kita marah.. kita mmg suka nak ungkit2.. citer yg tak baik beberapa tahu lepas yg kita dah lupa pun kita bley ckp masa marah tu..

tp selain Allah bekalkan ati.. allah bekalkan akal.. tp kita perlu beringat.. setiap kesilapan yg kita lakukan mesti ada pengajarannya..!!

jadi kita belajar la... semua orang ada peluang untuk belajar ok!! jadi anggap perkara seperti ini sebagai positif .. semua ni bakal mematangkan kita semua..

cari penyelesaian yang bijak dan baik..
semoga kita baik2 sahaja..

terima kasih untuk nama saya yg tertera dalam entry ni.. sgt2 menghargai..

Maicher said...

ahakss ikhram...most welcome kawan :)