Monday, May 28, 2018

Puasa; 26.


Assalamualaikum..

Masuk harini dah hari ke-12 kita berpuasa. Sebelum masuk bulan puasa lagi, kita dah digalakkan untuk baca doa Allahumma bariklana fi rejab wa syaaban wa balighna ramadhan; yang membawa maksud ya Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Dan sekarang, alhamdulillah diberi peluang lagi untuk sampai di bulan Ramadhan.

Setiap kali nak puasa jugak, mesti aku ada dengar lagu Raihan yang; ahemm nyanyi sket. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~~

Tapi masuk hari ke-12 ni, personally aku tak rasa aku bebetul hargai dan syukuri dengan nikmat diberi peluang ni. Macam konon je nak harapkan Ramadhan penuh makna tapi routine setiap hari still sama je kecuali part bangun sahur.

Betapa aku hidup dalam kerugian.

Tak boleh ke tahan sikit perasaan mengantuk dan baca Quran sebanyak-banyaknya? Qiam setiap malam?

Betapa aku bernafas dalam kerugian.

Bulan Ramdhan adalah bulan di mana Allah melipat gandakan segala amalan. Pintu rahmat dan keampunan dari Allah terbentang luas. Aku taknak ke semua tu? T_T

Plus sekarang ni aku ada jugak tengah risau pasal something. Sepatutnya, aku fully utilize bulan yang penuh keberkatan ni untuk bangun malam dan mintak kat Allah agar ianya tak lagi menganggu aku. Tapi ada ke aku buat?

Teringat kata-kata seorang sahabat. Bilamana dirimu mempunyai masalah, bangunlah untuk solat tahajjud meminta dan merayu kepada Allah. Waktu sepertiga malam ni adalah waktu mustajab untuk berdoa. Kalau ada masalah gunalah waktu ni sebaiknya.

Ya Allah pls give me strength to fight my own nafs. Aku taknak jadi orang yang rugi.

Semoga aku, korang betul-betul jadi orang yang bersyukur diberi peluang untuk hidup lagi sehingga ke saat ini. Ramai orang yang dah meninggal berharap untuk dihidupkan kembali untuk beramal soleh. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyesal.

Selamat berpuasa korang!


Jom refresh niat balik. Doakan aku jugak eh.




P/s: Bulan lepas genapla usia aku 26 tahun hidup di dunia ni. Wanted to write another post on that later. Btw, tu adalah kek burger pertama dalam hidup aku. It meant so much that my housemates celebrated me. May Allah bless them aminnnn.

Bui-bui.



Saturday, March 3, 2018

Hari sukan.


Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-15 at my school has ended successfully.

These are few shots that has been takan during the event.












If I were to turn back times, I want to be more active in sports. Academic isn't everything. I'm not utilising my full potential when I was a teenager. A lil bit of regrets. But thats fine, whats past is past. Fixing is needed for the future.

Bui-bui.


Monday, February 26, 2018

Group Activity.


Today in my 2B class, I made a group activity.






It was nothing but a usual group activity.

Just what caught my eyes was, theres this one group who made a line before they started to answer all the questions.

I felt so touched as this group remember what I always told on them in class.

I always reminded them to "garis tepi" in their book before they start to write anything.

And this group did what I reminded them, even in mahjong paper.

Bila tengok dorang buat garis tu rasa macam Maicher dah berjaya melahirkan anak-anak soleh yang taat dan mendengar kata :')

Simple thing I know. But it it did made my day. :)


Bui-bui.



Monday, January 8, 2018

Motherhood.


Tadi ada mesyuarat Badan Bertindak tahun 6.
Sebagai bendahari merangkap cikgu matematik tahun 6 aku kena la masuk meeting tu.

Nak dijadikan cerita, ada sorang cikgu senior ni masuk bilik mesyuarat lambat, pastu mata dia berair.

Aku yang sememangnya awkward penguin serious taktau nak buat apa. Tapi dulu masa kecik-kecik selalu tengok drama melayu bila dia nak comfort kan orang kena hug orang tu then gosok-gosok sikit belakang dia, aku pun buat lah benda sama.

Weh tapikan, makin laju pulak air mata dia berjujuran!

Ya Allah apa aku buat ni. Comfortkan amende gini makin nanges orang aku buat ada la.
Nak cakap something to soothe her tapi serious taktau nak cakap apa. Takut jugak tersalah cakap.

Jadi aku biar je dia nanges. Pastu nampak dah reda sikit baru aku tanya kenapa.

Dia cakap, "Akak penat Mai. Lepas satu-satu..."

Hmm.. the rest are history. Pasal anak-anak rupanya. And how hard it is to cope with motherhood.

Sebenarnya kan aku rasa, at some point in life, semua orang akan rasa perasaan "penat" tu. Teringat kawan aku pernah pesan, sekali sekala kita kena berkhalwat (berseorang) dalam hidup ni. Ambik masa menyendiri, jauhkan diri dari orang ramai untuk releks dan refleks tentang seluruh kehidupan kita.

Dan walau apa pun perasaan yang kita rasa, ingat satu jelah. Yang ianya sementara. Semoga yang baik-baik sahaja untuk semua. Baru 8 hari menjengah 2018, tapi dah rasa bahang ujian Ilahi tuh.

Tapitakpaa, Allah kan ada. Santai aje meniti jalan takdirnya ;)


Bui-bui.

Friday, December 29, 2017

Write something.


 I know I should be writing posts and update my life here. It's been awhile.

I hope I'll be more rajin to write in 2018.

I have to.

Or else I'll have no memory of what was happening in my life in the future.

Talking about short term memory loss.

Kesian, muda-muda dah pelupa.


Thursday, August 10, 2017

Marvel Diaper Bag.


Saw marvel diaper bag was on sale the other day. Thought of getting one for my brother but at that time I was like, nah it's 2 months away so whats the rush nanti pun boleh beli.

So yesterday, I went to do some grocery shopping only to walk passed through that shop and realized that those bags WERE NO LONGER AVAILABLE.

Weh bapak sedih. Dahla tengah sale plus design dia cantik I wouldn't find this anywhere else I know.

I've already picturing my brother's reaction for owning a diaper bag of a marvel heroes that he has always loved. I know it's just a diaper bag but for a marvel fan, anything related to marvel is just bae.

If I were to learnt something from this, it's gonna be, do not procrastinate for amazing things. If if we're late, somebody is just gonna snatch it away from us. Uff



But that's okay. No diaper bag but sure, some lesson to take home.

Tuesday, August 8, 2017

Hati Yang Penuh.



Terbaca sesuatu yang menarik harini.
Nak cari balik, lupa dah kat mana saya baca.

Tapitakpaa.
Saya kongsi rumusan apa yang saya baca tu dari segi pemahaman saya.

Artikel tu basically cerita tentang hati yang penuh dengan Allah.

Apabila keadaan hati seseorang itu penuh dengan cinta Allah, segar dengan mengingati Allah, maka, tatkala diuji dengan sesuatu diambil dari kita, tidak akan memberi kesan sedikit pun pada hati tersebut.

Kerana apa? Kerana hati itu sudah penuh dengan Allah. Maka apa-apa yang diambil tidak akan sedikit pun terasa dikurangi. Kerana apa? Kerana hati itu sudah penuh. Penuh dengan Allah sehinggakan kehilangan itu tidak bisa dirasai dan tidak langsung terkesani.

Hebatnya hati yang penuh dengan Allah.


Saya sedar untuk mencapai tahap itu bukan mudah. Tapi saya akan cuba dan terus mencuba.

Kerana sakitnya menanggung hati yang kehilangan itu sungguh terbeban.


Semoga bermanafaat. Saya tulis untuk ingatan saya seterusnya untuk sesiapa saja yang memerlukan kekuatan.

Wednesday, July 26, 2017

Bangkit


Memahami dan difahami
Bukan semudah melihat pada satu sisi

Aturan dan perjalanan yang dijalankan olehNya sememangnya sukar dimengerti.

Benar pesan guru yang dirindui.
Jadikan jiwamu seluas lautan yang tidak bertepi

Agar setiap yang bergolak hanya satu pukulan ombak manja untuk diselami...


Thursday, July 20, 2017

Dua Kali Lima.


Seperti yang diketahui umum, satu isu mengenai operasi asas Matematik sedang hangat dibincangkan oleh netizen netizen di sosial media sejak dua tiga hari ini.

Selaku guru matematik sekolah rendah, saya juga tidak terlepas daripada diminta penjelasan oleh ibubapa prihatin mengenai hal ini.

Amalan terpuji. Ibu kepada murid ini memilih untuk bertanya pada yang ahli.


Dengan tenang dan skema, saya cuba menerangkan pada ibu ini mengenai hal ini.

Jawapan saya. Sedaya upaya cuba untuk guna ayat yang ringkas dan senang untuk difahami.


Nasihat saya, sebelum nak viralkan sesuatu tu, adalah lebih elok jika kita bertanya kepada yang ahli terlebih dahulu.

Ilmu Allah ni kan luas. Tak semua ilmu kita tahu.

Benda simple je konsep darab ni. Tapi kalau kita tak tahu, memang kita tak tahu. Jadi caranya mudah saja. Tanyalah pada mereka yang tahu. 

Peringatan untuk diri sendiri secara khususnya dan pada korangz semua secara amnya.


Haa tu jelah cerita dia untuk post kali ini.

Bui-bui.




Saturday, July 8, 2017

Pusaka Ilmu.


Dalam satu satu kurniaan atau kehendak, telitilah.

Andainya dengan adanya itu, ianya membawa hati semakin bertaqwa, maka itulah tanda ianya berkat.

Namun, jika sebenarnya kurniaan atau kehendak itu, hanya melalaikan dan membuatkan hati makin jauh dari Allah SWT dalam usaha nak mendapatkan atau keberadaannya, jangan mudah-mudah nak takwilkan itu berkat.

Lawan kepada berkat ialah laknat. Nauzubillah.

Fahami ini dan periksa kembali atas segala apa yang kita ada dan dambakan.

:)

Saturday, May 27, 2017

1 Ramadhan 1438H.



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Moga bulan ini menjadi titik tolak perubahan kita menjadi hamba Ilahi yang lebih taat dan bermotivasi.

Diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan ini adalah satu anugerah dan hadiah Tuhan buat kita yang tidak seharusnya disia-siakan.

Tiap detik dalam bulan ini terlalu berharga untuk tidak diraikan dengan amal kebaikan kerana semuanya akan digandakan.

Motivasikan diri setiap hari dengan menganggap inilah Ramadhan kita yang terakhir kali.

Selamat menghidupkan Ramadhan buat semua yang mengenali diri ini. Mohon ampun maaf jika ada salah dan silap saya terhadap kalian dan saya dengan lapang dada telah memaafkan semua.

Moga Ramdhan kali ini menjadi Ramdhan kita yang terbaik.

Salam Ramadhan semua.

Ikhlas,
Maicher.

Wednesday, May 10, 2017

Kak Ran in JB.


So sister came to Johor few days back. This was a sudden plan. She planned for us to got to KL but yaknow, financial constraint and all blah blah thus, we changed plan, I asked her to come here instead, Johor.

Shes been here for about 3 days 2 night. Not that long.

It took her almost six friggin hours to reach here from Kuantan. Brought her back home to solat and clean our self first then we headed to Johor Premium Outlet (JPO). Shes looking for a sneaker but too bad didn't found one yang cantik hukaloh. Ended up buying blouses at Padini instead. Kakran la, I didn't get myself anything. Idk, nothing caught my eyes.

Johor Premium Outlet, Kulai.


Then we headed to the famous Nasi Lemak Wak Kentut (the name is disgusting I know) and went back home afterwards.

Reached home around 11.00 pm. We had pillow talk and took the chance catching up about life, family and all.

The next day, I gotta work lah pulak. Johor tak cuti weh ahad hukaloh. We planned to go out after I got back from school. Only then I remembered that I got extra class with year 6! Ya Allah there goes our plan.

Thus guess what did I do? I took her to my extra class! Kiki. Test power suruh dia mengajar siket.

She said it's hard to teach the kids. Aha now you know.


Then we balik rumah first to makan, solat Asar and me changing baju dulu baru teruskan penjelajahan kami. We decided to go to the bamboo installation art, at Puteri Harbour.




It took almost half an hour to reach there. For me, it was worth every miles. The view was so beautiful.

We didn't spend our time that long there. Because basically, takde apa kat situ other than that bamboo arts. Thus dah puas amek gambau, we then headed to Plaza Angsana.

Strolled around, solat maghrib then pergi pulak Kilang Bateri. Untuk apa? Makan lah apalagi kikiki.




We got back home around 10.15pm. Alhamdulillah, another day well spent.

The next day, it's time for her to balik to her campus dah. Her bus was at 10.30am. I couldn't lie but I shed tears when sending her off. I don't know why. I couldn't control myself. My tears burst out of nowhere. I kinda felt embarrassed. People were all looking at me.


I cried even harder when I'm in the car. I guess I just love my sibling so much that when it came to separation, it made my heart couldn't bear the pain and hence, shattered into pieces. Hmm blood is thicker than water after all kan?

Basically, that's how we spent our short cuti. Alhamdulillah, we had a great time together. Till next time sister..

Bui-bui.



Wednesday, May 3, 2017

64:11



"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang 
melainkan dengan izin Alah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, 
Allah akan memipin hatinya 
(untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar); 
dan ingatlah, Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Taghabun,11.


P/s: Allah knows; and that should be enough.

Monday, April 24, 2017

Am I Not Happy?






Been losing weight since I've moved here. Am I not happy?

No. I'm doing just fine. Prolly I am just busy that I loose appetite to eat. Itu sajo.


Bui-bui!


Sunday, March 5, 2017

Think baby.


Think before you act.
Think before you act.
Think before you act.


Think of the consequences to every single decision you're about to make.


Kalau tak, menyesal lepastu pun dah tak guna.



I learnt my lesson.

Wednesday, February 22, 2017

Cheating.


Cheating is a choice, not a mistake.

It doesn't "just happen" if you don't let them.

I personally hate to be cheated on. I hate cheaters; even myself is not excluded.

If one day I found myself doing so, I would surely truly hate myself.

I hope that won't happen. At least I'll try to not to.

Cuz cheating on your partner when all they do is stay devoted to you is just, cruel.

Pure cruel. And evil.

Cheating is not okay
Cheating break heart, trust and communication.
and most importantly, it is bcos cheating is wrong!!!

Let us all not do that.


Bui-bui.

Sunday, November 27, 2016

Cherish.



Sometimes, the only way for us to know how bad we've hurt someone is to get hurt the same way ourselves.

Friends always recognized me as a happy go lucky girl, cheerful and that kinda girl whose life is always filled with flowers and unicorns like all of the time.


Joy even said to me the last time we met.

"Mai why you look so upset? This is so not you."

Oookayyyy.
This is so unhealthy. The way people see me.

There must be times I'm facing difficulties in life too, my friend. I just decided not to share em on net. Thus, you guys assuming I have a wonderful life tak pernah sedih?



Wrong. That is so wrong on so many levels.


I too, am a human.

Just like glass. Fragile.


P/s: On an unrelated note, I've promised myself to be beneficial to others. Positive post, grateful post on social media by me, is actually me, doing my part of not sharing negativity into other people's life. Let us all share positive happy things. For this world desperately needs stuff like that. But this post is an exceptional la weh bagi can la weh I wanted to explain to the world. Erk (?)








Thursday, November 17, 2016

Tawakkal.


I've been saying hasbunallahwani'malwakeel to me lately.

Tawakkal.

Satu lagi perkataan yang senang diutarakan dibibir namun sukar dilaksanakan bila tang perbuatan.

Sebenarnya, konsep tawakkal ni bukan mudah.

Kena redha, percaya betul betul dan yakin untuk serahkan semua urusan padaNya, baik sebelum atau selepas benda dah jadi.

Tapi ingat, jangan hanya cakap serah itu di mulut, kerana jika ia hanya di mulut, kesannya adalah jiwa kita takkan berteman dengan ketenangan.

It's not in your hand anymore. It never was.

P/s: Result UPSR jatuh teruk harini. Takde sorang pun dapat 6A di sekolahku.



Stay strong.



Bui-bui.

 

Tuesday, October 4, 2016

Carpe Diem!


Sejak berkhidmat di negeri Johor Darul Takzim, post ini adalah post pertama Maicher. :')

Bukanlah busy jugak, tapi lebih kepada sifat mazmumah yang tidak rajin untuk menaip apa-apa . :')
(Pastu nyesal tak type sebab nanti memang sah-sah lupa semua yang dah berlaku di masa mendatang)

Ok back to bussiness.

Selama sebulan lebih di negeri ini, apa yang boleh aku cakap, I AM BLESSED.

Serious rasa syukur sangat. Dapat sekolah best, housemate best, and Johor ni pun sebenarnya best. Apa yang bleh aku simpulkan dengan pengalaman yang ciput ni, Johor memang best.


Bergambo dengan pagar sekolah la satu.


Home sweet home. Sewa pun sweet jugak :')


Sesungguhnya, banyak tempat menarik yang bleh dikunjungi di negeri ini. Aicewwah gaya macam promoter Cuti-Cuti Johor pula. Kuikuikui. Setakat ni, aku dah cover Kilang Bateri, Kopi Keju, Danga Bay, Kampung Melayu Majidee (murtabak cheese dia ze best!!), Bazar Karat. Yang lain-lain tu sekadar mall biasa je takde beza ngan tempat lain. Looking forward to explore more places soon. Tunggu gaji je ni serious. :p





Walaupun pada mulanya agak kecewa tak dapat negeri yang didamba iaitu Pahang Darul Awesome, namun segala yang berlaku tu kan berhikmah? Sekarang ni memang bleh nampak banyak hikmahnya. Yang penting teruskan saja hidup dengan riang dan gembira.




P/s: Percaya, tidak ada yang sia-sia pada percaturanNya..


;)

Bui-bui!