Monday, May 28, 2018

Puasa; 26.


Assalamualaikum..

Masuk harini dah hari ke-12 kita berpuasa. Sebelum masuk bulan puasa lagi, kita dah digalakkan untuk baca doa Allahumma bariklana fi rejab wa syaaban wa balighna ramadhan; yang membawa maksud ya Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

Dan sekarang, alhamdulillah diberi peluang lagi untuk sampai di bulan Ramadhan.

Setiap kali nak puasa jugak, mesti aku ada dengar lagu Raihan yang; ahemm nyanyi sket. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna~~

Tapi masuk hari ke-12 ni, personally aku tak rasa aku bebetul hargai dan syukuri dengan nikmat diberi peluang ni. Macam konon je nak harapkan Ramadhan penuh makna tapi routine setiap hari still sama je kecuali part bangun sahur.

Betapa aku hidup dalam kerugian.

Tak boleh ke tahan sikit perasaan mengantuk dan baca Quran sebanyak-banyaknya? Qiam setiap malam?

Betapa aku bernafas dalam kerugian.

Bulan Ramdhan adalah bulan di mana Allah melipat gandakan segala amalan. Pintu rahmat dan keampunan dari Allah terbentang luas. Aku taknak ke semua tu? T_T

Plus sekarang ni aku ada jugak tengah risau pasal something. Sepatutnya, aku fully utilize bulan yang penuh keberkatan ni untuk bangun malam dan mintak kat Allah agar ianya tak lagi menganggu aku. Tapi ada ke aku buat?

Teringat kata-kata seorang sahabat. Bilamana dirimu mempunyai masalah, bangunlah untuk solat tahajjud meminta dan merayu kepada Allah. Waktu sepertiga malam ni adalah waktu mustajab untuk berdoa. Kalau ada masalah gunalah waktu ni sebaiknya.

Ya Allah pls give me strength to fight my own nafs. Aku taknak jadi orang yang rugi.

Semoga aku, korang betul-betul jadi orang yang bersyukur diberi peluang untuk hidup lagi sehingga ke saat ini. Ramai orang yang dah meninggal berharap untuk dihidupkan kembali untuk beramal soleh. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyesal.

Selamat berpuasa korang!


Jom refresh niat balik. Doakan aku jugak eh.




P/s: Bulan lepas genapla usia aku 26 tahun hidup di dunia ni. Wanted to write another post on that later. Btw, tu adalah kek burger pertama dalam hidup aku. It meant so much that my housemates celebrated me. May Allah bless them aminnnn.

Bui-bui.



2 comments:

Ninie said...

Gempaknya kek...x pernah lg merasa burger besar gedabak. tliurnya puasa2 ni..hihi. Happy belated birthday Mai!

Abdullah said...

Great post.
Regards.
promoswithin.com
coopanz.com
savingjet.com