Tuesday, August 8, 2017
Hati Yang Penuh.
Terbaca sesuatu yang menarik harini.
Nak cari balik, lupa dah kat mana saya baca.
Tapitakpaa.
Saya kongsi rumusan apa yang saya baca tu dari segi pemahaman saya.
Artikel tu basically cerita tentang hati yang penuh dengan Allah.
Apabila keadaan hati seseorang itu penuh dengan cinta Allah, segar dengan mengingati Allah, maka, tatkala diuji dengan sesuatu diambil dari kita, tidak akan memberi kesan sedikit pun pada hati tersebut.
Kerana apa? Kerana hati itu sudah penuh dengan Allah. Maka apa-apa yang diambil tidak akan sedikit pun terasa dikurangi. Kerana apa? Kerana hati itu sudah penuh. Penuh dengan Allah sehinggakan kehilangan itu tidak bisa dirasai dan tidak langsung terkesani.
Hebatnya hati yang penuh dengan Allah.
Saya sedar untuk mencapai tahap itu bukan mudah. Tapi saya akan cuba dan terus mencuba.
Kerana sakitnya menanggung hati yang kehilangan itu sungguh terbeban.
Semoga bermanafaat. Saya tulis untuk ingatan saya seterusnya untuk sesiapa saja yang memerlukan kekuatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment