Dua minggu lepas, aku dengan 2 orang lagi budak UZA yang lain diminta pertolongan. Time tuh study week and aku ada paper EDU 3101 (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) hari Isnin, 14hb May.
Kalau korang student IPG, tau lah betapa ezaknya paper EDU 3101. Aku tak dapat nak luahkan dengan kata² betapa aku tak sukanya paper ni. (Sebenarnya nak kata meluat tapi macam ekstreme sangat >.< )
Masa orang tu mintak tolong, dah hari rabu which is 9hb May. Aku agak keberatan nak pegi tolong sebenarnya. Aku baru cover 2 chapter kottt. Tapi dah dua orang kawan aku tuh pegi tolong, cam tak sedap ah plak aku tak pegi kan.
So, yeah, pegilah aku ngan dorang tuh. Itu ini begitu begini, habeslah tolong dalam kol 11 malam. Balik-balik tengok nota sket pastuh ngantuk teros tido.
Keesokannya plak, dangggg, orang tuh mintak tolong lagi. Dalam hati aku, oh crappp crapppp jangan cakap korang nak pegi lagi, dan apa yang aku sangka tu memang betul. Sorang ni bersemangat gila nak tolong. Yang sorang tu dah teragak-agak dah.
Memandangkan dorang tu klasmate, yang Emma (bukan nama sebenar) ni bersemangat dan begitu gigih convince kan si Kelly ni. Dia tak cakap pape kat aku. Maybe sebab aku tak rapat sangat ngan dia.
"Weh jomlah pegi Kelly. Jom la jom la."
"Haishhh hurmm ngaaak kite tak study lagi ni Emma ".
"Takpela, kan ada masa lagi. Jom la jom la."
Yang aku ni plak, dilemma nak pegi ke tak. Harini dah khamis nih. Tapi last² aku pegi gak. Perihal ikhlas ke tak, Allah jelah yang tau. Ngaaaak~
Dalam perjalanan nak pegi tu, aku pun tanya,
"Emma dah banyak ke study?"
"Ada la sikit²."
"Pastuh tak risau ke?"
Dia senyum je.
Pastuh Kelly yang tadinya teragak-agak nak pegi, cakap cemni,
"Sebenarnya kitorang nak cari keberkatan. At least nanti kat akhirat kalau Allah tanya apa sumbangan kite untuk Islam, ni lah buktinya."
Nahh kauuuuuu, tersentap gear 14 teros aku! Huhuhu T____T
So moral of the story is, dalam pada kita sibuk dengan duniawi, jangan abaikan perihal akhirat. Mentang la nak exam, orang mintak tolong teros taknak. Kena yakin dengan janji Allah, "Barangsiapa yang menolong (agama) Allah, Allah pasti menolongnya, dan meneguhkan/kedudukannya.
Bukan janji boyfriend tuh. Janji Allah. Yakin! Yakin! Yakin!
p/s: 22 May sama dengan 1 rejab 14311 Masihi. Barang siapa berpuasa 2 hari di awal Rejab, seakan ibadah dua tahun. Puasa yuk teman²! :D
*****
This is for those who are stress with their study.
Make a fist and put it in the center of this.
The dots appear to come faster!
Buibui.
No comments:
Post a Comment