Wednesday, March 21, 2012

IPG


"Mai blaja mana skarang?"
"IPG"
"Oh apa tu?"
" -______- "


"Weh ko kat mana skarang?"
"IPG"
"Ouh, buat apa? Diploma eh?
"-_______-"




Di atas adalah perbualan yang sering berlaku. Disebabkan itu aku rasa terpanggil bila dah 2-3 orang (lebih sebenarnya) tanya pasal IPG.


IPG adalah singkatan bagi Institut Pendidikan Guru. Dulu nama dia maktab. Tapi sejak beberapa tahun yang lalu, nama dia dah upgrade jadik IPG sebab dia dah tak kluarkan guru yang ber graduan diploma. Semua ijazah dah.


Kiranya macam ni. Kalau dulu nama dia Maktab Perguruan Raja Melewar, skarang dah jadi Institut Pendidikan (IPG) Raja Melewar.

IPG Raja Melewar.



Requirements
Nak kena dapat brapa nak masuk IPG ni? Err yang ni aku takleh jawab. Tapi kalau tengok purata result SPM budak kelas aku, average adalah 7A. (Aku ambek Matematik.)


Ada yang ambek Bahasa Cina tuh, dapat 11A. It got me thinking, what on earth is she doing here? 11A kot!


Hmm maybe pros yang kat bawah ni bleh explain. :p


Pasal limit umur, boleh mintak sampai umur 20. So 92s yang nak jadik cikgu boleh apply lagi IPG ni. Bleh beli number pin kat BSN  then isi borang secara online.



Pros 
Bila masuk IPG, anda tak perlu buat pinjaman dengan PTPTN or apply mana² scholarship kerana anda akan dapat allowance which is for me, cukup kalau pandai manage duit. Ada kawan aku siap boleh bagi parents dorang lagi. Memang aku respect orang² macam ni.


So far aku duduk sini, aku tak penah pon mintak duit kat parents aku. (kecuali kalau dorang yang nak bagi). Hihihihi.


Satu perkara yang gempak gemilang pasal IPG adalah, anda tak perlu risau pasal kerja sebab after grad nanti, lebih kurang 3 bulan duduk rumah and boom boom shake, anda akan di posting. Ya, terus posting!


Cons
Bila dah ada pros, haruslah ada cons nya juga. Tapi tak terok mana pon. Anda akan terikat dengan Akta 174. Dalam akta tu adalah benda² yang kita takleh buat. Tapi bagi aku, what's the big deal? Small matter maa. Bear with it. 5 taun setengah je kot. Kejap je kot. Errrr errr.


Apa yang tak best lagi pasal IPG adalah, ada etika pemakaian. Haruslah formal setiap masa (kecuali budak physical education). Yelah, kata bakal cikgu, takkan nak pakai jeans pegi kuliah kot? Hahahaha.


Since IPG ada 27, bukan semua rules nya sama. Lain IPG lain caranya. Kalau kat kampus Bahasa² Antarabangsa, peraturan dorang tak ketat sangat. Atau mungkin tak ketat langsung. 


Kalau kampus aku, suam suam kuku la. Standard la ada undang-undang kan? Barulah negara aman dan damai. Hihihi *style nerd cakap*


Duration
Anda akan berada di IPG selama 5 tahun setengah. 1 taun setengah tu anda akan buat persediaan (foundation), then sambung lagi 4 tahun untuk degree kalau pass foundation tuh.


So far, semua orang pass je foundation. Takde rekod yang tak pass lagi. Tak perlu risau.


5 tahun tuh. Sempat la usha gadis/ jejaka untuk dijadikan peneman hidup. Nanti grad bleh kawen tros. Hahahaha. Tak, aku tak minat cikgu. :p


Rasanya tu jelah benda basic pasal IPG yang perlu korang tau (so that aku tak perlu nak explain dah). Kalau nak tau lebih lanjut, klik sini.


P/s: Tahniah budak 94 yang dapat result harini. *memori bergulung menjelma masa aku amek result dulu* Okay, baik aku stop.


Bui-bui.


8 comments:

namumora akime said...

Akta 174..that is AUKU..

x minat cikgu?tett

bui bui

Maicher said...

hahaha!

p/s:sape nak tau lebih lanjut pasal ipg, refer super senior atas neh. aku ni baru je lagi. hoho

;)

Anonymous said...

seronok kew jadik cikgu? ^___^

Maicher said...

anon. hai anon. oh, haruslah best. haha!

Anonymous said...

somebody got to do it. hehe :P
jadilah guru yang disayangi pelajar :)

Maicher said...

who is this anonymous? o.0 i wonderr.

cha zainol said...

jangan nak tak minat cikgu sangat, esok aku jadi macam aku. padan muka. baik diam diam je, aku dulu dok kecoh tanak cikgu la wei.

Maicher said...

cha. apsal benda tu jgk ko nak fokus? +.+

orang komen la pasal ipg ni ke. ko kan super senior guru contoh gempak gemilang! xp