Sunday, March 11, 2012

Be smart.


Korang pernah tak kena tegur jangan buat tu, jangan buat ni? Pastuh at the end, korang tengok orang yang cakap tu jugak yang buat benda tuh. Pernah tak? Kenapa ayat aku cam pelik je nih? Ok, aku bagi contoh.


Abang: Kau jangan hisap rokok Rul . Rokok tu bahaya bla bla bla
Amirul: Hmm. Okokok tak hisap.


Selang 2-3 hari pastuh, Amirul nampak abang dia hisap rokok.
Rasa² korang, apa reaksi Amirul? Dia nak hisap ke tak rokok?


Situasi macam ni dah banyak kali berlaku dalam hidup aku sepanjang bernafas lebih kurang 20 tahun ni. Cakap jangan buat tu, jangan buat ni, last² sekali, dia yang buat. Rasa macam asdfghjk je kan? Ahh mengaku jelah korang.


Dapat baca?

Dulu memang aku rasa macam asdfghghj. Tapi sekarang, tidak lagi. Kenapa? Korang tengok eh.

Benda² yang dorang tegur/bagi nasihat tu mesti benda baik kan? Norma manusia, tak suka ditegur, tak suka diberi nasihat. Aku pun tak terkecuali kot. Apa lagi jika kita tak suka pada  orang yang bagi nasihat tu. Lagi lah rasa takleh terima dengan apa yang dia cakap kan?

Jadi, aku menyeru diri sendiri dan pembaca blog ini untuk berubah. Berubah dari segi pemikiran kita. As long as apa yang mereka tegah/suruh tu benda baik, terima dengan hati yang terbuka. Biaq pi lah dorang tak cakap serupa bikin pun. Cakap lain, buat lain.

Biaq pi lah dorang cakap jangan pegi clubbing tapi tengok² yang memenuhkan club tu muka dorang jugak. 
Biaq pi lah dorang cakap jangan meniru kerja rumah tapi last² yang meniru kerja rumah muka dorang jugak.
Biap pi lah dorang suruh solat sunat tahajud tapi tengok² dorang sendiri pon tak penah buat.

Biar, okay, biar. Jangan la dok buat status/tweet,

"Harituh cakap kat aku wajib pakai tudung, berdosa, masuk api neraka bagai. Last² tengok dia sendiri yang pakai hot pant, sleeveless blouse bla bla. Tulah, cakap lagi kat aku. Lenkali cermin diri sendiri dulu!"

Tudia siap exclamation mark baq hang. Ini cerita benar. Dah banyak kali aku jumpa status macam ni. Guys, come on la. Stop buat status macam ni. 

Nampak sangat korang macam _____ (you fill in the blank). Kita kena berubah. Tak perlu la buat status macam ni.

Jangan tengok siapa yang memperkatakan sesuatu itu, tapi tengoklah apa yang dia kata. Kalau baik, kita ikut. Kalau buruk, kita tinggalkan.

Tak perlu lah buat status tak puas hati and so on. Biar je kayh. Biar je.

Sebab apa, cuba bayangkan kalau takde orang bagi nasihat dalam dunia ni sebab takut dia sendiri yang buat benda tu. Haihhh haru baq hang. Tunggang langgang dunia.

Harapan aku agar kita semua dapat mengubah pola pemikiran kita ke arah mencapai negara maju 2020! Ayuh, bangkitlah! Perjuangan masih belum selesai! *merepek*

Ya, tu jelah sebelum lebih banyak kerepak dihasilkan.

Bui-bui.




3 comments:

Huda Diaz said...

betul tu! <kalau tengok betul-betul, ada tanda seru. hahaha

biasanya orang tegur apa yang dia pernah lalui atau sedang lalui. tapi kalau benda yang dia tegur tu tak masuk akal, pang kan je lah. :P

asliner said...

x silap saya..
ada doanya kalau kite nk tegur rakan kite yang buat bende tak baik untuk berubah kepada yang lebih baik..

kalau kita nk tegur rakan pun..
kite kene doa untuk diri sendiri supaya kita jauh dari melakukan perkara yang tak bgus tue..

Maicher said...

asliner. ya, saya setuju.
:)