Monday, July 4, 2011

Monday morning.



Pagi-pagi macam ni, teringat kata-kata daripada cousin aku.

"Masa SPM dulu, semua baik je. Lepas solat fardhu secara berjemaah, buat plak solat baa'diyah. Tak cukup lagi, selalu puasa sunat dan baca Al-Quran. Tapi lepas je result keluar, perangai semua berubah drastik gila. Dressing jangan cakap ah. Memang tak sangka dulu dorang perangai baik-baik yang selalu nampak muka kat surau. Hmm."

Cousin aku ni tua beberapa tahun daripada aku. So, dia masuk sekolah berasrama penuh (MRSM) lebih awal ah daripada aku.

Masa dia cakap ni, aku tengah blaja lagi kat MRSM. Dia plak dah kat universiti. So, dia macam menceritakan la betapa bezanya perangai seseorang yang dah lepas alam mencabar minda jiwa dan raga, alam SPM.

Pastuh aku reflect balik diri aku. Ya Allah, aku banyak berubah. Aku rasa makin jahil. Dulu aku selalu pergi surau, mengaji Al-Quran, puasa sunat apa semua.

Tapi kenapa sekarang dah berkurang amalan baik yang aku buat? Astaghrufilullahalazim.

Dulu setiap masa pegi surau. Tapi sekarang kenapa dah tak setiap masa? Apa kau ingat, masa SPM je ke kena jaga hubungan dengan Allah? Please lah berubah sekarang. Jom start balik perangai dulu.

Baiklah semua, ayuh tanamkan tekad untuk berubah. Ya ya.


Tadi aku nampak tak ramai pegi surau. Lelaki tak sampai satu saf. Perempuan lagi cemerlang. Hanya 3-4 orang . (ceh, macam aku pagi hari-hari jugak)

Manusia ni insan biasa. Iman sekejap naik sekejap turun. Bila dengar ceramah, beringat la sekejap. Pastuh lama-lama, lupa.

Hari ni aku ingat, aku ingatkan korang.
Kalau esok aku lupa, korang ingatkan aku eh.

Bui-bui.


p/s: Siapa yang takde pengalaman duduk hostel takkan faham benda ni. Jadi, meh aku explain. Biasanya bebudak yang dok hostel sering diberi peringatan oleh para guru supaya menjaga hubungan dengan tuhan dan manusia untuk mendapat result yang gemilang bergabung meletupz. Sebab tu ah perangai semua macam angel masa Form 5.




8 comments:

fifianggun said...

fifi dulu pon dok hostel,,so pernah rasa macam ni,,huhu,,sekarang memang rasa agak jahil,,mengaku nih,,hehe,,

airaniez wirdani said...

Subhanallah..byk kali terfikir macam ni..ms duk hostel (Sy SBP) f1 - f3 solat jemaah.Dah f4-f5 jemaah Maghrib je...then alhamdulillah msuk UIA.Berubahla..tapi kat Matrik je..masuk degree..kurang..dan berkurang..namun msih merindui dri yg dulu..thanks ingtkan..muhasabah diri jom! ^_^

Maicher said...

@airaniez wirdani.
that's the least that i can do.
cost no sweat kawan!

:)

nohfee said...

erkk. aku rasa aku sangat banyak dah berubah. i mean, BANYAK GILA.
tapi, solat tetap solat, cuma akan jarang jumpa muka aku dekat surau. adui.. takpe2, akn berubah dr semasa ke semasa. terima kasih kerana mengingatkan. ;)

Nurfatin Atikah said...

setuju.. sama2 lah kita muhasabah diri & mengingatkan satu sama lain.. rindu guru2, kwn2 & sekolah! :)

Maicher said...

@nohfee aka fira.
tu ah kan. btw, rinduu kau weh!

@fatin.
tulah. riduu merbok! :')

Ibrahim Ismail said...

My surau prepared around 20 rakaats, but I only do 8 rakaats. Parents aren't that happy but I don't find it's necessary to tell them that I want to return back early to sleep and get up for Tahajjud. I told myself that what's the used of completing 20 rakaats if my intent is "Where are we finishing this?". Perseverance is the key. Isn't it that little good thing is better done continuously, rather than meant for Ramadhan alone?

Maicher said...

@ibrahim.
ib, well said man.!
that is so true.
:)