Masa aku Form 5, kawan aku ada tanya,
"Hang sebenaqnya nak apa kat dunia ni?"
Pastuh aku macam, err, kena pikir jawapan yang gempak gemilang ni cos budak yang tanya aku ni top student, so jawapan nak kasi kat dia pon mestilah mencerminkan kepandaian serta kebijaksanaan. Tapi aku macam, takde jawapan T.T
Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak kat dunia ni. Let say kalau aku kata aku nak jadi kaya tahap boleh beli burung besi (kapal terbang). Piker-piker balik, bukan tu yang aku nak. Nak kata nak kawen dengan Lee Min Ho. Nahh, bukan jugak tu yang aku nak.
Ammaigad!
Last-last sekali, baru aku tau, motif kawan aku sebenarnya agar kita mengejar akhirat. Cos apa-apa yang kita nak kat dunia ni, kita mungkin dapat, dan mungkin jugak tak dapat. Tapi kalo dapat pon, bukannya permanent. Tapi kalo kejar akhirat, insyaAllah kekal abadi. Baiklah Amalia, kau memang pelajar cemerlang bergabung meletupz.
Nota tambahan: Kawan aku ada cerita. Dia kata akhirat tu ibarat cahaya dan dunia ibarat bayang-bayang. Kalau kau kejar cahaya, hidup kau akan terang dan bayang-bayang pun akan follow kau. Tapi kalau kau kejar bayang-bayang, hidup kau bukan sahaja dalam kegelapan, malah kau jugak takkan dapat mengejar bayang-bayang. Wohohoho. Do you geddit? Maksud dia macam ni la. Kalau kau kejar akhirat, secara automatisnya dunia akan follow kau. Tapi kalau kau kejar bayang-bayang, sampai bila-bila pun kau takkan dapat, bahkan hidup kau pun takkan bercahaya. Yeah, macam tulah lebih kurang.
Amalia adalah tiga dari kiri.
Amalia adalah yang kanan.
Stay awesome y'all!
Bui-bui.
1 comment:
iya, kalau dulu ditanya, aku juga tak punya spesifik jawapan apa yang aku nak. sekarang aku faham, hidup bukan untuk dunia, tetapi untuk akhirat sana. :)
Post a Comment