Sebagai insan yang bersyukur dengan apa yang dia ada, dia akan menyimpan segala jenis kad yang orang bagi kat dia. Baiklah sekarang, mari kita terjah apa yang dia ada.
Antara kad-kad yang telah diterimanya.
Wah. Banyaknya kad! Macam artislah dia ni dapat banyak-banyak kad.
From Wahida. Kawan dia masa Form 3. Kad ni cantik sebab ada lubang. Lepas tu ada bulan berwarna kuning. Ya, bulan memang bewarna kuning.
Yang ni daripada Betty. Clasmate dia masa darjah 5 dan darjah 6. Betty tak pernah pon bagi kad raya masa sekolah rendah. Pastuh tiba-tiba Betty bagi kad raya kat dia masa dia Form 3. Siap wish gudluck lagi untuk PMR. Mungkin sebab tulah dia rasa bersemangat lantas dapat 8A. Kalau ikutkan, dia bukannya pandai. Ni mesti berkat doa ibu bapa dan rakan-rakan.
This one was from Kak Ning. Ada lubang-lubang jugak. She ♥ it.
From Nadia. Nadia ni kawan dia masa kat Kuantan lagi. Lepas tuh bila dia dah pindah Kuala Lipis, Nadia still ingat kat dia. Buktinya, Nadia hantar kad raya kat dia! Tengok dalam kotak merah tu. Tahun 2003. Dah lama kan? Tapi dia still simpan. Memang dia ni jenis menghargai apa yang orang bagi lah kan. Ehem.
Daripada Nadia lagi. Memang Nadia banyak bagi kad raya kat dia since dorang split. Memang fren forever lah. Yang ni antaranya la. Ada lagi dalam 3-4 keping. Tak ter-upload lah pulak. Thee hee hee
This one was from her cousin. Dorang ni sama umur. Tapi dia panggil cousin dia Kak Yong. Padahal dia yang lahir dulu. Heh. Tak sedar diri betul. Konon-konon muda la eh? Pelis lah. Oh, kalau tengok dalam kotak merah tuh, ada tulis opah. Maksudnya, tyme ni opah ada lagi. Sobs Sobs.. rindu opah :’(
Yang ni hebat. Type pakai komputer kot! Daripada Kak Ning and Bro Mi. Rasanya Bro Mi yang buatkan untuk Kak Ning ni. Sebab tu ada nama dia mencapub. Haha.
Dua-dua daripada Azra. Eh, Azra bagi dua kad raya kat dia ke? ==’ Ish bukan lah. Maksudnya pada tahun yang berbeza la.
The one and only kad raya yang dia dapat yang ada lagu. Wahh.. bestnya ada lagu. Lagu apa? Mestilah lagu selamat… hari raya. hari untuk kita bersuka ria.. Eh bukan lagu sebenarnya. Bunyi. Tapi hebat lah kan. Dia seronok sangat masa dapat kad ni. Macam jakun tak pernah tengok kad bunyi. Ish kesian. Thanks Nadiah sebab bagi kad ni!
Kad ni mahal tau. Brapa ribu? No no. Bukan itu maksudnya. Tapi sebab kad ni limited edition yang hanya dijual kat maktab dia. Semua orang berebut-rebut nak beli kad ni untuk bagi kat family masing-masing. Termasuk la dia. Dia beli warna hijau. Pastuh dia post kat family dia kat Pahang. Kad ni berusia 3 taun kerana telah selamat diterima pada tahun 2008. Thanks Mira!
This was from Indah. Dia suka kad ni sebab kad ni bercorak abstract which is ni je satu-satunya kad yang bercorak abstract yang dia ada. Paling banyak yang dia dapat pasal katun. Tapi dia memang suka katun pun. Thee hee hee
Semua kad disimpan rapi dalam kotak ni. Kotak ni aunty dia bagi hadiah masa PMR harituh. Tak, bukan aunty dia bagi hadiah kotak, tapi aunty dia letak hadiah dalam kotak ni. Dia tak tau nak buat apa, so dia letak la kad-kad raya, kad-kad bufday, dan sebagainya.
Kenapa dia buat entry pasal kad raya? Nampak sangat tak matang. Eh, jangan bertindak melulu. Mungkin dia ada sebab dia yang tersendiri bukan? Mungkin berikut adalah sebab musababnya.
1 .Dia nak kad-kad tu kekal. Manalah tahu kalau suatu hari nanti kotak tu hilang ke. At least dah ada back up kat sini.
2. Dia nak suruh orang hantar kad raya kat dia lah tu. Sebab dia kata dia lagi suka kad raya daripada message-message raya mahupun gambar raya yang hanya di tag di Facebook.
p/s: Jom start puasa sunat cos sekarang dah bulan Rejab. Pahala besar wooo.
Bui-bui.
13 comments:
haha.. mcm dah nak sambut raya pulak kan??
pengumpul kad raya yang tegar ni.
puasa lum lagi, dah nak suh pos kad eh.
hehehe :)
byk nyer kad...
1st time lepak sini. :)
@ikhram.
haha.
banyak betol kad raya ko dpt.x pe.aku pon ada banyk juga.nnti nak display kat blog la.haha:P
[perghhhhhhhhh kad raye..rare tuh..
hahahahahahahah
tak sangke aku ks kad raye sebegitu rupa..
wlcome mai... rndu kau..;)
@robot.
hehe. saje saje je.
@aku bukan sape sape.
aku bukan sape sape ni siapa? hoho. btw, sila sila.
@kimyana.
ISZ! nak kad raya. *nada muka tembok
@tsaicoutic tranmorphersys.
betul ke eje ni. haha. panjang kot. rare? don think so.
@mira.
RINDU KAU JUGAK!
wow kad raya ...btw i follow u dear
thanks ezza.
:)
sangat nostalgia!!!!
@fifi.
tulah. sekarang dah takde orang buat :'(
@hanan.
aah. tapi sekarang dah takde :'(
ada tulisan ida la. hee. rare tau tulisan ida tuh. memang kenal sangat tulisan diaa :)
Post a Comment