Friday, January 21, 2011

Ini ketentuanNya.



Salam sejahtera sahabat-sahabatku!

Aku terlebih dahulu ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya.....zzzzzzz (korang pon tau
next ape kan. -,-' )

Okayh, post kali ni aku nak cakap pasal takdir aku.ye ye agak boring, tapi mungkin korang akan dapat beberapa values. ho yeahh!

Kalau korang nak tahu, aku ni masa zaman sekolah rendah dulu tak penah pon ada cita-cita nak jadi dokter gigi. Masa menengah rendah pon sama. Memang tak penah terlintas langsung aku nak amek dentistry nih. Tapi tibe-tibe, bila aku habis spm dan dapat result, aku rasa cam berminat ngan bidang tuh. Tibe-tibe jea tau!

So, sementara nak tunggu dapat tawaran mana-mana, masa lapang aku banyak diisi dengan membaca perkara-perkara dentistry.(masa tu memang aku sangat berminat tahap gaban). Tapi... hati aku luluh, berkecai, pecah seribu lepas tau aku tak dapat scholarship JPA yang aku apply.

Arghh.. memang perit dod. Sukar untuk menggambarkan perasaan yang aku rasa. Mungkin kebanyakan korang pon penah rasa perasaan yang aku rasa kan. Sesuatu yang korang nak sangat, sangat inginkan, tapi korang tak dapat. Hah, sedih dod!

Malam aku dapat tau aku tak dapat tuh, mengalir beberapa titis air mata mutiara korang tau! Hoho, punya lah frust. Aku rasa result aku cam suit je criterea yang dorang nak tuh. Tapi asal aku tak dapat? Selama ni, aku study kaw-kaw, selalu tido lambat bangun awal, korbankan banyak masa, tapi tak berbaloi cos aku tak dapat pon benda yang aku nak. Memang, aku score SPM aku. Aku dapat 1 B(physics). yang lain A. Tapi bagi aku, apa gunanya kalau dapat result best tapi tak dapat kos yang korang nak. Contohnya la, korang minat medic tapi last-last dapat engineering. Mesti korang rasa cam &^%#@@%.


Tapi takpe, mak aku cakap, mungkin bukan rezeki aku kat situ. Lepas beberapa bulan, aku dapat plak tawaran menjadi guru. Hermm.. bukan aku tak minat sebenarnya, tapi al-maklumlah, tyme tu, aku tengah syok kat orang lain, tapi orang lain tu tak syok pon kat aku.tapi ada plak orang lain yang syok kat aku tapi aku syok sikit-sikit jea kat dia.. Haa.. tu secara analoginya la.hihihi

Orang kata, baik pilih orang yang sudi daripada terhegeh-hegeh kat orang yang tak sudi. Ye dak? haha.tak tau la. Maksud aku sebenarnya, baik aku terima jea masuk cikgu daripada aku buat rayuan yang aku tau takkan dapat punya masuk dentistry.(sebab saingannya banyak zaman sekarang ni)

So, here I am! A math teacher-to be. (eh eh asal mode bahse inggeris plak nih). Sekarang ni aku gembira dengan kehidupan aku. Aku dah tak rase ralat pon tak dapat dentistry tuh. Malah aku bersyukur sebab tak dapat. Mungkin kalau aku dapat, aku tengah pulun dok menghafal struktur-struktur gigi sekarang ni.haha. Mak aku cakap, tak semestinya benda yang aku nak tu benda terbaik untuk aku. Dalam Al-Quran pon ada yang ayat216 Surah Al-Baqarah tu kann.,,hermmm


Moralnya:

  • Jangan terlalu berharap sangat, cos kalau tak dapat nanti, korang akan sangat kecewa
  • Menuntut ilmu bukan sebab korang nak dapat result best ataupun nak dapat kos yang korang minat, tapi ingat, sebab Allah.
  • Dengar cakap ibu dan bapa
  • Selalu lah solat hajat kalu korang menginginkan sesuatu
  • Reda lah dengan ketentuan ilahi.sesungguhnya, Dia lebih mengetahui
  • Jadilah guru.sebab guru pekerjaan yang mulia (ok, tak kaitan,semua pekerjaan pon mulia kalu korang niatkan kerana Allah)
  • dan lain-lain lagi yang korang rasa perlu.

Sebenarnya aku tulis post ni sebab semalam lecturer aku ada cakap ayat ni.

" God don't give what you want, but He gives what you need "


Aku rasa sangat benda ni kena kat aku. Aku selau jea nak benda-benda yang aku rasa nak. Tapi tak dapat. Pastu bila last-last baru aku nampak sebab musabab aku tak dapat sesuatu tu. Seriously korang kena paham benda ni.

itu sahaja.
bui-bui.

3 comments:

iKhRam said...

jgn kerana kegagalan kita.. kita salahkan takdir..
tiada siapa yang lebih mengetahui msa depan kita melainkaan allah yang maha esa..

kalau hari ini kita gagal mengecapi apa yang kita mahukan, tidak salah memberi peluang itu keapda orang lain yangg lebih berhak..

sebenarnya allah lebih mengetahui
kalau kita gagal menjadi doktor gigi seperti yang kita mahukan.. allah beri kita menjadi guru kerana allah mahu kita mendidik anak bangsa sendiri untuk mencapai cita-cita kita.. allah mahu kita sendiri yang mendidik anak bangsa untuk menjadi doktor gigi.. allah mahu kita sendiri yang menjadikan doktor gigi kita sendiri..

ada kala, menggembirakan orang lain itu lebih bahagia daripada mencipta kegembiraan kita sendiri..

cikgu itu kerja mulia..
saya belum pernah melaluinya, namun semasa latihan perguruan.. saya sndiri bagai tidak sabar2 menjadi seorang guru..

Unknown said...

nice entry mai :))

amirah azahari said...

sangat best lah entry ni....bagi nasihat
daripada pengalaman hidup anda ...nice :)