Saturday, October 18, 2014

Macam Nak Runtuh Langit.


Untuk menemui seseorang yang mempunyai chemistry yang genuine dengan kita ibarat mencari kuih bakar yang dijual seringgit dapat 5 keping. Tak impossible tapi susah. Setahu aku kat Kelantan je yang peniaga still jual kuih 5 keping RM1. Kat tempat lain semua dah sekeping 40 sen. Tapi takleh salahkan peniaga juga, dah semua barang naik, haruslah kuih pon harga naik. Penat-penat uli karipap pastu nak jual 5 biji seringgit? Tak berbaloi uols.


 Sedapnya woi.


K berbalik kepada topik.

Mempunyai chemistry yang genuine tu maksudnya seseorang yang bleh paham jiwa kita. Walaupun budaya dan cara hidup kadang tak sama, tapi bila sembang bleh laju je. Takyah pikir ayat nak susun ataupun bila text nak reply apa. Senang kate kite dengan dia ni memang click lah.

Ketahuilah jika anda telah berjumpa dengan orang yang sedemikian, anda sangat bertuah. Bukan senang nak jumpa kot. Tapi ada gak kes yang kita rasa genuine chemistry tu tapi hanya sebagai rakan sahaja. Bukan teman hidup. *cough*friendzone*cough*.


                         Meeting a nice guy is not rare. Meeting a nice guy that you like, is rare.


Alkisahnya sorang kawan aku yang dah jumpa orang sedemikian. Jadi dia pon memang nak kawen la dengan orang tu. Ada chemistry, bleh paham jiwa, toleransi yang tinggi, orangnya pun descent descent je nak tunggu apa lagi?

Namun kita merancang, tuhan yang menentukan.

Dah hampir 7 tahun dorang ni melayari bahtera percintaan namun bila nak tie the knot, ibu bapa si perempuan menentang perhubungan tersebut.

Sedih gakla. Yang dengar pon sedih, yang melalui apetah lagi. Katanya,

"Bila makayah dia tak bagi aku kawen dengan A***, aku rasa macam nak runtuh langit."

Aku tertarik dengan frasa "macam nak runtuh langit". Cuba imagine bila langit runtuh dan menghempap kita. Okay, memang tragis.

Aku yang simple minded ni cakap la kat dia. Takpe lah cari jelah orang lain. Restu makayah ni jangan buat main. Ikut rasa, binasa. Ikut makyah, insya Allah selamat. Pastuh dia kata,

"Ko tak faham weh. Pasal restu aku bleh dapatkan kemudian. Yang penting kawin dulu. Nanti tau la aku camner nak ambik hati makyah dia."

Furh camtuhaaa penangan orang bercinta. Tak nampak dah pape. Yang nampak memang orang tersebut je.

All I see is you.

Kawan aku ni memang dah nekad nak kawen lari. Tapi malangnya yang perempuan tu taknak last minute. Padahal time tu semua preparation dah setel. Dia tak berani nak kawen lari dan membelakangkan keputusan keluarga. Aku sokong dia ni. Nasib baik cerdik.

Aku pun ternanti-nanti apa akan jadi next. Kawen ke tak kawen dorang ni. Semoga dipermudahkan lah semuanya. Rabbi yassir wala tu assir. Rabbi tammim bil khair.


Bagi aku bila makyah tak bagi ni sebab dia nampak something tu yang kita tak nampak. Parents always want the best fer their kids. Gittewh.

But it's always nice to hear other people's opinion. Say something if you're with me or against me. Looking forward for it.

Bui-bui!


P/s: Harapnya bila berjumpa dengan orang yang aku suka, keluarga pun suka. Amin. 



7 comments:

Unknown said...

yang baca ni pun sedih jugak. tujuh tahun kot. huhu..

tapi betul lah, restu keluarga ni bukan perkara yg boleh pandang remeh.. kena usaha ambik hati org tua, insyaAllah lembut hati nanti..

semoga dipermudahkan semuanya utk kwn tu ye.

CD said...

mak saya pun selalu sebut pasal restu. kekadang seram gak kalau nanti bakal mak mertua tak dpt terima ke mcm mana.

Maicher said...

That man is a married man, fyi. Now nampak tak kenapa parents tak restu? Hagaga T_T

Prince of Noob said...

semua orang nak mencari pasangan yang terbaik.

mungkin pasangan terbaik itu adalah suami atau isteri orang.

tapi adakah kerana mahu mengejar pasangan terbaik, kita sanggup memusnahkan hidup orang lain?

pasangan yang dirasakan terbaik sebelum berkahwin, belum tentu menjadi pasangan yang terbaik selepas sudah berkahwin.

dan percayalah, restu orang tua paling penting, kerana mereka menjaga kita sejak kita kecil hingga besar.

macam mana kita kenal pasangan kita still tak boleh lawan macam mana ibu bapa kita kenal dan jaga kita.

apa2pun, saya doakan awak bertemu dengan orang yang awak dan keluarga awak suka.

btw, done follow u... follow mien too :) - Noob

Farah said...

Ya Allah, takut sangat kalau satu hari nanti dah jumpa orang yang kita suka, parents pula tak restu.

syasandeul said...

Amin! Tula nasib baik perempuan tu cerdik sbb restu mak ayah la menjamin keberkatan hidup. hehe

syasandeul said...

amin! tula nasib baik permepuan tu cerdik sbb restu mak ayah la menjamin keberkatan hidup. hehe