Quoted from a famous life motivator, Meghan Trainor, "Every inch of you is perfect from the bottom to the top."
Jelas kat situ yang dia cuba sedaya upaya nak educate kan kita semua untuk yakin dengan kecantikan diri. Dan jelas jugak nampak yang ayat tu adalah sekadar lirik lagu All About That Bass. Saje nak cakap kat sini jangan mudah percaya dengan sumber internet bila buat assignment. Nampak?
Ok.
Insecurity menyerang manusia tak kira jantina, bangsa mahupun kaum. Yang gelap nak jadik putih, yang gemuk nak jadi kurus, yang rambut kerinting nak jadik lurus, yang gigi jongang or terabur nak buat braces dan tak ketinggalan yang berjerawat nak kulit putih flawless glowing sis pm berapa harga set collagen ni. Manakala yang lelaki plak berlumba-lumba sign up keahlian kat gym untuk dapatkan six pack, biceps, triceps tak kira lah apa-apa asal dapat hasil yang sado lagi katang dan boleh upload di IG. Nahh, don't deny it. You know it's true.
How can someone smile so perfectly?
Tak kurang juga bentuk insecurity yang berkait dengan keintelektualan minda. Perasaan seperti I'm the dumbest among all in this class. That's it, I'm quit kind of feeling. Walaupun dah makan kismis berbalang-balang, tapi still takleh ingat jugak apa yang I dah belajar. Why la liddat? Kena beli kapsul coklat minda pulak ke?
Pikir sendiri la yang tu. Tengok balik adab dengan guru/lecturer. Makanan yang di consume. Apa yang dilihat. Semua tu faktor kenapa terhijab hati daripada menerima ilmu Allah tu.
Insecurities jika dilayan parah sebenarnya. Rata-rata antara kita yang berhadapan dengan masalah yang dinyatakan akan sanggup berhabis duit agar tidak lagi berasa insecure. Bagus la sebenarnya. People would fall for looks over personality after all. Tidak kira betapa hati kita membentak untuk menafikannya.
Tapi don't get carried away la. Jangan sampai yang nak kurus tu sampai tak makan. Read on diet atkins. Deal lah your insecurity tu dengan bijak.
Apa lagi tips aku nak bagi korang untuk deal insecurity ni? Aku pun mengalami masalah ni. So aku sebenarnya lebih kepada bercakap dengan cermin dan mendiumnya adalah blog ni. Kesimpulannya kat sini, jangan ejek orang lain. Jangan pandang rendah pada orang lain. Nak gurau boleh tapi tengok jugak orang tu camner. Bukan semua orang faham kita bergurau.
Biar ah kita tak cantik pun, tak kurus pun, tak pandai pun. Mungkin kalau kita dikurniakan semua tu, kita akan riak plak? Dan riak ni bukan benda kecil. Ada hadis yang kata, kalau ada perasaan riak sebesar biji sawi, seseorang itu takkkan masuk syurga.
Nahhh. Punya bahaya riak. So, be grateful with what we have. BUT that doesn't mean you don't need to do anything to fix things about yourself. Yang penting sekarang kena relax. Don't rush things nak dapatkan hasil yang gemilang. Kalau ada orang ejek ke apa ke, bertenang dan act cool sahaja. Katakan di dalam hati, kau tengok lah satu hari nanti (sambil tu kena lah berusaha jugak). Usaha tu penting!
As for now, just sit back and relax, have a sip of coffee. Everything would be just fine..
Bui-bui.
1 comment:
Saya pun ada inferiority complex. Tapi, sedaya upaya cuba untuk tidak melayan sangat perasaan tu dan cuba untuk perbaiki diri supaya tak inferior selalu.
Post a Comment