Aku kat rumah ni. Tengah cuti sempena CNY. Lama jugak dapat cuti. Lebih kurang 6 hari. Hari ni masuk hari yang keempat. Sepanjang cuti ni, takde apa sangat yang aku buat. Aku just banyak berfikir (biasa banyak gak, tapi kali ni lebih banyak daripada biasa). :P
Apa yang aku fikirkan? Ada la satu benda ni. Nak tau ke? Lulz.
Okay la. Aku mulakan dengan sedikit muqaddimah. Waseh ada muqaddimah bagai. Hehe. Aku ni suka membaca. Tak kira la bahan apa. Tak semestinya buku. Tapi most of bahan bacaan aku ni bersumberkan artikel dari internet. Aku suka baca pape pon tapi bukan gossip. No, that is so not me. Aku pun banyak masalah, nak tambah baca masalah orang buat pe. Hehehe
Orite here it comes perkara yang aku pikirkan tu. Bila aku membaca, aku takleh nak outsourcekan apa yang aku baca.Yang ada hanyalah input. I process vast input but produce zero output. Macam mana ini adalah satu masalah? Masalah sebab fikir banyak banyak dalam kepala tapi tak mampu menzahirkannya dan ini semua akan buat segala kebernasan buah fikiran tu jadi sia-sia.
Ramai orang kata yang mereka lebih banyak berfikir dari bercakap. Honestly, I think I'm one of them. Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang bagus juga. Sekadar berfikir dalam kepala? Segalanya nampak samar-samar dan tak teratur. Contohnya you got a list of things yang perlu di settle kan but then you just shortlisted it dalam kepala. While you're at it, you have the tendency to lose your priority. But if you create the task flow, everything would be smooth. You got it?
Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah, it's good to exercise your brain thinking potential tapi apa kata kita mula juga melatih diri untuk memfizikalkan yang abstrak?
Namun, ada lagi masalah kat sini. Penghasilan idea tidaklah sesusah pelaksanaan yang bakal aku lakukan. Segala benda yang aku fikirkan tu tak semestinya dapat disalurkan melalui jari jemari untuk membentuk aksara. Contohnya la kan, dalam exam, aku rasa macam tau je jawapan kepada sesuatu soalan. Tapi bila nak tulis, tangan tetiba rasa freeze dan akhirnya aku kematian kata-kata. Taktau nak transfer apa yang berada di minda kedalam bentuk ayat ayat jawapan. Jari aku seperti lumpuh untuk mengadaptasi segala buah fikiran aku. Oh whyyyy
Pastu aku berfikir lagi. Apa punca masalah camni berlaku. Pikir punya pikir, aku dapat jawapan. Semua ni jadik sebab aku jarang menulis. So aku mesti jadikan menulis itu satu habit so that otak aku takkan kejang dan jadi lebih fleksibel.
Aku ni setiap hari bercakap. And that means everyday is my verbal training. Tapi bukan setiap hari aku menulis. So for that cause, aku kena practise abundantly untuk sampai ke satu tahap yang aku puas hati. Insya Allah.
Korang, doakan Maicher! (even aku tau blog aku tak dibaca pon, sekadar bermonolog dalaman). Wakaka
p/s: Tajuk post ni Fighters sebab Fighters (pejuang-pejuang Islam) yang menjentik semangat kehidupan dalam diri aku. Bleh plak camtu eh. Haha
Bui-bui.
1 comment:
lepas ni kena pratikkan menulis dengan banyak..hopefully dapat balance keduanya kan :)
Post a Comment