Saturday, February 22, 2014

Balistik Kehidupan Ini.


Sepi terasa melukis resah di hati
Dan tak mampu ku ungkapkan kata
Yang kita takkan bersama.

Teriakan alarm kali kedua dari telefon bimbit berjenama Samsung telah mengejutkannya. Dia bingkas bangun dari tempat pembaringan menuju ke kamar mandi.

Sebenarnya hatinya sedikit gusar. Dia terlewat bangun. Dia bimbang kalau-kalau masa yang tinggal untuk dia bersiap menuju ke rumah Allah tidak mencukupi. Pada kebiasaannya tepat jam 6.00 pagi dia sudah siap berwangi-wangian untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di surau kampusnya. Namun pagi ini, di waktu sebegini, dia masih berada di biliknya. "Ah, gawat!" Getus hatinya.

Tanpa membuang masa, dicapainya bakul kecil bewarna ungu yang terisi dengan toiletries. Dia lantas bergegas menuju ke bahagian hujung aras tiga blok kediaman Jelebu. Di hadapan cermin kamar mandi, ubat gigi Colgate dikeluarkannya. Diambilnya pula pencuci muka, ditonyohnya laju-laju ke wajah. "Settle. Tinggal mandi je lagi." Dia bermonolog dalaman. 

Selesai kesemuanya, dia kembali ke biliknya. Jarum panjang pada jam dinding bewarna oren pemberian rakan baiknya menunjukkan tepat ke arah angka 3. Dia menghela nafas lega. "Yes baru enam suku. Sempat sangat la ni. Orang solat dalam pukul 6.25am camtu." Dia tersenyum sendirian.

Dengan bertelekung lengkap, dia melangkah laju menuju ke surau. Kelihatan beberapa pasang selipar yang lain di depan pagar kecil surau. Dia tersenyum lagi.

Dia gembira kerana dapat sama-sama solat berjemaah pada pagi itu. Dia sedar, dia adalah insan lemah yang sering kalah dengan nafsu sendiri. Dia kalah dengan bisikan syaitan yang melenakan dia dari bangun di sepertiga malam untuk bermunajat kepada Allah. Dia tidak mampu untuk bangun berdiri menunaikan solat tahajjud.

Namun dia bertekad untuk terus konsisten dalam menunaikan solat Isya dan Subuh secara berjemaah. Hal ini kerana, dia pernah mendengar sebuah hadis;

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah, maka ia seperti salat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti salat malam satu malam penuh." Sehingga Ibnu Umar RA pun menegaskan: "Sungguh, aku bisa melaksanakan salat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada salat malam semalam suntuk."

Baginya, jika tidak mampu melaksanakan perkara yang besar, boleh mulakan dengan perkara-perkara yang kecil. Jika tidak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua.

Ya begitulah.

Seusai sahaja menunaikan solat Subuh secara berjemaah, seorang sahabatnya, Aina, mengajaknya untuk sama-sama duduk di dalam bulatan untuk mendengar tafsir Surah Al-Mu'minun.


Dia tersenyum lagi. Kali ini senyumannya kian lebar.


Dia bersyukur kerna punya sahabat solehah yang sentiasa mengajaknya ke arah kebaikan. Sungguh, dia beruntung!




**********************************************************





Bersambung~ (entah bila nak sambung tu taktau :P)





p/s: Bersambung sebab Dia di dalam cerita ini kena buat assignment, tutorial dan latihan Matematik. Hadoiii.



Bui-bui.






No comments: