Sunday, May 10, 2015

Aziathul Azreema Jaas, JANGAN BACA.


Mengimbau kembali saat pertama perkenalan dengan si dia mampu membuatkan hati kecilku ini tersenyum sendirian. Tersenyum sendirian tu tandanya banyak perkara yang manis la yang dah berlaku antara kitorang hikhiksss.

Yes, look at her expression. And mine. Contradict sangat hakhakhak memang kelakau.

Tatkala jari laju menaip di papan kekunci ni, hati seperti tidak percaya yang rupanya dah hampir 5 tahun aku mengenali dirinya.

During foundation days. Minggu orientasi pelajar baru.


Dia seorang gadis yang bagi aku luar biasa, hanya ada satu dalam 1000. Luar biasa tu bukan sebab dia ada superpower mampu  terbang kemana sahaja bagai Superman tidak. Luar biasa tu sebab amalan yang dia amalkan, pegangan agama dia, akhlak dia.


19 year-old-us.


Kalau nak dibandingkan dengan aku em memang bagai langit dengan bumi la. Eh jap perumpamaan cenggitu jauh sangat plak tapi nak cakap memang berbeza la. Dia ni banyak membawa pengaruh yang baik dalam hidup aku. Sering kali aku panjatkan rasa syukur pada Ilahi sebab mengurniakan aku sahabat yang sentiasa dapat ingatkan aku padaNya.



Antara perkara unik pada dia ni, dia ni bleh buat lawak unexpected. Aku ni kelakar jugak orangnya tapi kalau masuk pertandingan pastuh ada juri bagi menghakimi lawak yang cuba disampaikan, pastilah dia ni yang akan menggondol award tersebut.



Lawak dia ni original. Comes from the heart. Nak bagi contoh pon tak reti lah pulak nak imitate lulz.


Di padang V IPGKRM bersama-sama memeriahkan pertandingan memanah walaupun kalah. 

Aduh, rindu sungguh!

Azie,
Sedarkah dikau akan perubahan yang berlaku pada kita dari era pemikiran kurang matang kepada lebih matang, dari tak pandai bergaya kepada pandai pakai bedak kompak dengan lipstick dan mula belajar lilit shawl, dari status single, sekarang dah nak kawen dah (eh yeke?), banyak benda dah kita harungi bersama.



Dalam pada saat kita bersama tu, pasti ada tingkah laku dan tindak tanduk saya yang pastinya telah melukakan hati Azie. It's never my intention to do so. Kalau berlaku jugak tu pastilah kerna khilafnya saya kerana sudahpun nama manusia. Tidak maksum dan sentiasa melakukan kesilapan.

Mohon diampuni dosa-dosaku padamu. Harapan saya sebelum saya berhenti menaip agar kita dapat jadik BFFTJ selamanya.

Akhir kalam (kuang kuang kuang),

SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU YANG DICINTAI KERANA ALLAH, 
AZIATHUL AZREEMA BINTI JAAS. 
 



Semoga diberkati usia dalam kebaikan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Teruskan perjuangan dalam kehidupan.

Jangan pernah berputus asa dengan ujian yang dilemparkan padamu. Hidup ni hanya sementara. Rugi saat saat yang diberikan peluang untuk bernafas ini digunakan untuk meratapi sesuatu yang diluar kawalan kita. Embrace it, instead.

Em lagi satu, eliminate unnecessary drama. Semua tu buang masa. Remember, mind over matter. Kita yang tentukan apa yang kita nak rasa. If you want to be happy, be.


Bui-bui! 



P/s: I'm gonna miss us. Tinggal beberapa bulan je lagi huhuhu.  




No comments: