Saturday, February 11, 2012

A fruitless tree.


Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah. Haaa, penah dengar tak?

Aku nak tanya korang, dah berapa lama korang belajar bahasa Inggeris? Kalau aku, ada lah dalam 15 tahun. Wait 15 years?? Say whotttt?!

Ya, dah lebih kurang 15 tahun aku blaja bahasa Inggeris. Daripada aku tadika, sampailah skarang. Tapi kenapa, sampai skarang aku takleh speaking english fluently

Aku bukan je takleh cakap fluently, malah aku juga takleh tulis dengan baik. Grammatical error everytime aku tulis post in English tu memang biasalah.

Honestly, aku malu kot. Malu kalau kawan² aku yang English power tuh baca blog aku. Mesti dorang gelak rolling on the floor baca apa yang aku tulis sambil cakap "Mai, mai, terok dowh English hang." 

Takpe, aku pasrah. *crying at the corner of the room*

Kenapa eh takleh cakap nor tulis English dengan baik? Padahal daripada kecik kot blaja.



Aku ada sorang kawan. Dia sekolah kat skolah Cina daripada tadika, sampailah dia darjah empat. Jadi, tempoh dia belajar bahasa Cina lebih kurang 5 tahun.

Even hanya 5 tahun belajar kat sekolah Cina, dia boleh cakap Mandarin dengan fluent nya! Mark my word there, SHE CAN SPEAK MANDARIN FLUENTLY.

Oh my Allah, jelly nya aku! Aku belajar 15 tahun, dia 5 taun? Arghh.

Aku dah nampak sebenarnya solusi kepada masalah ni. Kita belajar, tapi kita tak amal. Belajar, pastuh tak amal. Dalam bahasa lain, tak guna apa yang kita belajar tu.

Tak macam kawan aku tuh, dia belajar, dia guna. Dia terpaksa guna sebab masa tuh, kawan² dia yang lain mostly adalah Chinese. So nak tak nak, kena jugak cakap Mandarin.

Aku bukan taknak cakap English, but you know, bukan semua orang boleh terima bahasa ni. Certain orang rasa ok je cakap English in daily life, tapi certain lagi berpendapat,

"Dah mat saleh habes la speaking tunggang langgang camtuh? Forget it broh"

"Berlagak gila nak speaking English ngan aku."

Memang takleh avoid la masalah camni. Biasanya kaum Melayu la yang cakap camtuh. Pastuh bila dengar Chinese ngan Indian communicate dalam English, dorang akan cakap,

"Gila lah budak Cina/India speaking. Laju gila kot. Dah la ada accent British yada yada yada. "

So, nampak tak. Bila kita nak maju kalau macam ni. Bahasa Inggeris ni international language. Kita kena kuasai supaya kita tak dipandang rendah, tak mudah ditipu and etc etc. 

Bukan maksud aku nak kena speaking 24/7, 365. Tapi kalau boleh, insert la english dalam daily life kita. Maybe masa texting ke. Chatting ke.

TAPI kan, tengok time jugak lah nak speaking pon. Takkan dengan pekebun nak speaking bro. Agak² la. Kalau camtuh memang kena bash la. Maksud aku ngan kawan², adik bradik dan siapa² yang korang rasa patot la. 

p/s: Takdenya kita nak lupa cakap bahasa Melayu kalau kita mahir bahasa Inggeris. ;)

Bui-bui.


8 comments:

biela bell said...

setuju..kita tak amal apa kita belajar sbb tu tak berapa nak menjadi bahasa tu.hahaha..then, faktor sekeliling jugak kdg2 bg impak..:)

Faiqah Umaira said...

Ilmu. Iman. Amal. kalau ilmu tak diamal memang takkan berkembang dan tak guna belajar. thanks for reminding :)

cha zainol said...

aku nanti nak speaking dengan anak aku. biarlah kan?

Huda Diaz said...

i totally agree with this. ok, ayat aku tak hebat.

cha zainol said...

hye budak. rindu wei. kau maktab mana. huuu sorry.

Maicher said...

cha. raja melewar, seremban. pehh orang dah kerja, pikir pasal anak dah skarang. :pp

:)

cha zainol said...

aku ketok kau. meh datang lepak rumah aku nanti. kinrara. naik komuter turun kat bts. pastu ame star pergi bukit jalil. aku amek kau. tunggu aku gaji la tapi. hahaha.

Maicher said...

pape pon aku kena mintak izin suami dulu la. :p