Monday, January 23, 2012

Sibling.


9 jam setengah yang lalu, aku rasa aku dapat faham macam mana perasaan ayah aku masa dia kehilangan adik dia, 3 tahun dulu.


Pukul 3.30 petang tadi, aku mimpi sorang daripada adik aku dah takde. Bila aku bangun, aku ingat aku masih dalam mimpi. Bangun bangun teros nanges. Pastuh bila dengar suara dia dari ruang tamu, subhanallah, baru aku rasa legaaaaaaa. 


Lega sangat sangat. Perasaan lega tu, Allah je yang tau. 




Dalam mimpi tuh, aku ada nampak life aku without dia. No more text message petang petang, call cos nak sroh wish gudluck sebab nak exam, late night supper bila semua balik rumah and benda biasa yang aku ngan dia slalu buat. Allahuakbar, berjujuran air mata bila aku bangun tadi. 




Aku bersyukur sangat semua tu hanya mimpi. Alhamdulillah. Aku syukur sangatttt.


Adik beradik dude, adik beradik! The only human sapien(s) yang aku tak kesah kalau dorang panggil aku bodoh, ngok, badol and etc etc.


Dengan dorang ni, paling lama pon tak bertegur ade la dalam 2-3 jam. Pastuh boleh je sembang kencang cam takde ape-ape berlaku pon seblom tuh.


Memang, aku tak penah cakap pon aku sayang/heart and etc etc dorang. Bukan sebab ego. Tak, bukan. Sebabnya adalah tak biasa. Takkan tiba-tiba je nak cakap. Kan?




Plus, english proverb says, action speaks louder than words. That explains everything. 


I, Maisarah Alloha, heart all of ya(Along, Ron, Adi, Ina and Adil). I might not say this in real life. Thank God I have this blog. At least some of you will read this. I knowwww. Gotcha!


p/s: Aku rasa aku pikir banyak sangat. Cos pagi tadi ibu dapat call from my makcik saying that my cousin has been hospitalized. Alllahuakbar, berat ujian dariNya kali ni. Cousin aku disyaki mengidap sama ada penyakit TB/kanser/leukimia. Ada lagi 5 tapi aku tak ingat. Result sebenar taktau lagi. Aku harap sangat tak terok.


Masa ibu melawat dia tadi, ibu cakap dia lemah sangat. Sampai tahap kena pakai urinary drainage bag cos takleh pegi toilet. Makan pun guna tube. Allahuakbar, kuat kan lah semangatnya Ya Allah. Aku harap korang yang baca boleh tolong doa untuk dia. Tak, takyah tunggu tyme solat pon. Dengan angkat kedua belah tangan dan berdoa dengan penuh pengharapan. Thankyou in advance beautiful people. :')


Bui-bui.





13 comments:

cha zainol said...

aku kalau cakap sayang kat adik aku, nanti dia pulak fikir aku nak mati :) btw, semoga kazen kau tabah dengan ujianNYa.

Faiqah Umaira said...

saya pun..tak pernah cakap sayang kat adik or kakak tapi kenapa kalau adik/kakak angkat boleh pulak bersayang-sayang? Semoga sepupu kak mai cepat sembuh dan diberi kekuatan, beritahu dia Allah sangat dekat dengan orang yang sakit :')

syahirooAhmad said...

dapat rasakan cam ne perassaan lega tu. :)

Maicher said...

cha n faiqa. gomasimida cingu!

Huda Diaz said...

jaga adik baik-baik :)

* homo sapiens kan? :O

nazirah said...

siyez penah rasa mcam ni gak .
takut kan. walaupun hanya mimpi..

Ahmad Tongkeng said...

yeah us too. we don't say it out loud, but we all know we care for each other.

Maicher said...

oh, ramai rupanya macam ni. people ask why? bcos we're cool liddat!

:)

Ummi_R❀salici❀us said...

sabar ya...
sy doakan... :)

akima_abdullah said...

sayang be kuat okay? thank God it just a dream. :D

Semoga kezen kau cepat sembuh.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

iKhRam said...

aku selalu ckp aku sayang adik-adik aku..

tp kadang2 kalau aku tak ckp pun, diorang tau aku sayang diorang.. ahahhaa

p/s - tak semestinya melahirkan rasa sayang dgn kata2..

sofea.rain said...

ohhh bru aku thu mengapa kau bersedih hari itu...
aku pon ade, cume tk cite kt org.sedih kan.kite bkn rmai adik beradik pon..
btw,semoga cazen kau selamat..

Maicher said...

opie. takde la. tu hal lain.