Thursday, April 28, 2011

Berterus-terang?

*Penggunaan Bahasa Inggeris dalam entri ini adalah bertujuan untuk menyedapkan ayat sahaja. Tiada sekelumit niat pun untuk merosakkan bahasa Ibunda kita yang indah lagi comel ini. :)

Sekarang, ayuh kita mulakan pelayaran! (pelayaran apa jadahnya weyy??)

Okay, serious, serious. Jom masuk tajuk sebenar. Hemm.. berterus-terang. Dalam hidup ni, memang susah untu kita berterus-terang. Honestly, aku pun mengalami masalah ni and aku tau bukan aku jea, korang yang baca ni pon sama kan? Err.. tak? Cheit, tak nak mengaku la tu.

So, aku akan bagi korang beberapa situasi yang mana memerlukan korang untuk berfikir. Then, aku harap korang dapat beri pendapat korang kayh?

Situasi pertama
Pada hari raya yang indah, setelah selesai solat Hari Raya apa semua, Kiah seperti umat-umat Islam yang lain pegi la beraya ke rumah sahabatnya, Nora. Setiap taun, rumah si Nora ni mesti akan ada Nasi Dagang. Nasi Dagang ni merupakan makanan kegemaran Kiah. Jadi setiap taun, Kiah pasti akan melantak sebanyak mungkin Nasi Dagang yang disediakan. Namun ditakdirkan pada taun tu, menu Hari raya rumah si Nora ni berubah kepada Lontong. Kiah sangat tidak menyukai Lontong. Atau lebih tepat lagi, benci. Ya, bukan setakat tak suka, malah benci. Nora yang tidak mengetahui perkara tersebut telah menghidangkan Kiah semangkuk besar Lontong. (Nora bagi mangkuk besar cos dia tau Kiah makan banyak). Dengan rasa berat hati, Kiah makan Lontong tu. Bila balik rumah. termuntah-muntahlah si Kiah akibat terpaksa menghabiskan semangkuk besat Lontong yang sangaaaat dibencinya itu.

Situasi kedua
Ada satu pasangan suami isteri. Si isteri ni, daripada kecik, dia memang dah dididik untuk memicit ubat gigi daripada bawah. Dia memang pantang kalau orang picit ubat gigi daripada tengah. Mesti dia akan mengamuk. Namun, takdir telah menemukan dia dengan orang yang sedemikian. Ya, si suami ni ada tabiat di mana setiap kali dia menggunakan ubat gigi, dia akan memicit di bahagian tengah. Setiap hari, si isteri pendamkan aje rasa geramnya. Dalam hati, dia rasa annoy gila. Kalau orang lain, dah lama dia bising. Namun disebabkan orang itu adalah suaminya, dia tahan jea.

Situasi ketiga
Dalam satu dewan kuliah, terdapat beratus-ratus orang pelajar. Jadi, untuk memuatkan semua pelajar, jarak antara kerusi dan meja antara satu sama lain adalah hanya lebih kurang beberapa inci. Ditakdirkan Ahmad ni bersahabat dengan orang yang mempunyai bau badan yang kuat. (Dipercayai disebabkan sahabatnya itu tak pakai deodorant). Jadi, setiap hari, Ahmad sangat terseksa. Namun, dia hanya mampu bersaba
r dan tabah menghadapi nasib yang menimpanya.

So, dah baca kan? Apa pendapat korang? Pada pendapat aku, semua orang dalam situasi di atas tidak berterus-terang dalam kehidupan mereka sehingga menyeksa diri mereka sendiri. Apa salahnya kalau Kiah berterus-terang jea kat Nora yang dia tak suka Lontong kan. Takde la dia kena paksa diri makan Lontong tu pastuh balik rumah muntahkannya balik. Well, mesti sebab Kiah nak jaga hati Nora kan?


Dalam situasi kedua, pasal isteri yang hari-hari annoy dengan sikap suami dia yang picit ubat gigi daripada tengah. Kenapa si isteri tak berterus-terang jea ngan suami dia yang dia tak suka orang picit ubat gigi daripada tengah? Takde la hari-hari dia nak rasa annoy. Mesti sebab si isteri takut si suami kecik hati kan?

Sama jugak ngan situasi ketiga. Macam mana nak tahan kalau hari-hari kena bau benda yang tengik? Mesti hari-hari terseksa kan? Tapi kenapa Ahmad tak berterus-terang jea eh? Erm, ni mesti sebab Ahmad takut sahabat dia terasa kan?

See, semua orang tak berterus-terang sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain. Tapi tengok, sebab tak berterus-terang jugak, dorang sendiri yang terseksa.

Jadi, pada pendapat aku, apa salahnya kalau kita berterus-terang tentang perkara sebenar. Tapi MESTI la kena dengan cara yang berhemah. Penggunaan perkataan tu mesti lah betul. Macam mana? Jom tengok bawah ni.

  1. Situasi pertama. Kiah cakap la "Err Nora, banyaknya kau isikan Lontong untuk aku, susah-susah jea. Hee.. sebenarnya, aku daripada kecik lagi tak berapa seteru ngan Lontong ni. Kerongkong aku macam tak boleh nak terima makanan ni. Aku makan biskut raya jea lah eh? Lagipun aku dah dapat dengar macam biskut-biskut tu memanggil jea aku daipada tadi. Hehe.." Cuba insert kan unsur-unsur lawak. Baru la tak nampak ganjal sangat. Mesti Nora faham punya lah.
  2. Situasi kedua. Si isteri sepatutnya memilih masa yang sesuai. Contohnya waktu menonton televisyen. Jangan plak tyme suami baru balik keja eh. Pastu, dengan nada yang lemah lembut plus mengada-ngada, cakap cameh "Darling, kenapa eh, everytime you picit ubat gigi, mesti daripada tengah. I kurang suka la sebenarnya. You tau kan, I kalau boleh nak semua benda nampak comel macam I. So, kalau you picit ubat gigi daripada bawah, tak comel la ubat gigi tu nanti. Kan? (sambil senyum)." See, ada lagi teknik humour. Mesti si suami paham punya la maksud tersirat tu. Takkan la dia lambat loading sangat kan untuk paham maksud tersirat isteri dia yang sebenarnya tak suka picit ubat gigi daripada tengah tu. p/s: Ni cerita betul. Credit tu lecturer aku yang menceritakan cerita ni.
  3. Situasi ketiga. Ahmad boleh cakap camni " Eyt, semalam kan, Rexona ada buat promotion kat Tesco. kalo beli sepacket dapat percuma sebotol. Memandangkan aku dah ada sepacket, aku bagi kat ko la yang ni. Kita kan kawan baik, sebab tu la aku bagi kat ko. Sweet kan aku? (sambil sengeh-sengeh)." Semestinya, unsur humour tu perlu wujud. Well of course, bagi mengelakkan keadaan nampak kaku and dalam waktu yang sama untuk memastikan orang tu tak terasa. Tu yang penting kan?
So, apa pendapat korang? Perlu tak berterus-terang? Ke nak biar jea? Kalo perlu camane cara korang berterus-terang?

Hope to hear from you people.

Itu sahaja.


Bui-bui.


9 comments:

iKhRam said...

hahaha.. kita manusia mai.. berterus terang mcm mana pun kalau orang yg menerima tu sensitif.. die tetap tak leh terima.. percayalah..!!

kalau melawak2 pun,, si suami tu tetap picit tang tengah..

"ala awak nie, mengada2.. picit ubat gigi pun .. nak bising2..!! dah la saya nak tido.. awak tido luar malam nie !!??

apa macam ??

situasi ketiga..

kita bg deodorent ni kat die.. lpas tu dia tnya balik kat kita..??

"apsal bg kat aku? tak de orang lain ke yg ko nak bg.. kat miha ker? meon ? apsal aku jugak.. ko ingat ketiak ko tu wangi sanagt ker?? "

mai, nak jawab per kalau die balas cam tu..??


adakala , sabar tu pun lagi baek.. diamkan jer..!! hehehe.. ini buah fikiran saya.. !!

Maicher said...

yang situasi kedua tuh. memang cite betul auh.
and orang tu dah bercerai pon.

ye, memang ada sebab lain.
bukan sebab ubat gigi jea.
tapi antara sebab yg menjadikan penceraian tu berlaku adalah sebab ubat gigi.

well, memang kelakar lah kann. tapi serious, ni cite betul.

imagine kalau isteri dia terus-terang jea cakap tak suka. maybe tak lead tu divorce ataupun at least takde la nak bwat sebab ubat gigi as sebab nak becerai kan.
(at least sebab lain la kan) ^__^

yg no3 tu. ermm.
it happens to me.
and i don't come clean pon.huuu~
so am, ada cara? (sabar is not counted is this case)

fifianggun said...

fifi pon susah nak berterus terang..but people will proud of it kalau kita dapat buat macam tu kan?biar pahit tapi benar..hehehe...

LiFe KaMi said...

kalau dgn org yang tidak rapat beterus terang rasanya perlu kena pada tempat tapi kalau suami isteri elok betrus terang dgn semua hal bru lah dikemudian hari tak meletup semua yg dipendam..:)

edi_fm32 said...

bagi pendapat sy la..kte blh berterus terang dan tidak.ini bergantung dgn situasi dan keadaan persekitaran.

yang berterus terang.cthnya kita lihat teman kita buat 1kesalahahan dan ditangkap.kita mestilah berterus terang walaupun benda ni pahit.(keadaan ini aku tgk xde dkt ahli politik)

x berterus terang.cnth.jika kita mlwt teman kita y skit d hspital.dan dia tnya adkh dia akan sembuh.wlpun realiti dia xkn smbuh lg..kita x blh berterus terang.krn adt mlwt org skit.mesti memgembirakan dan x buat dia sedih.

Maicher said...

@fifi.
aah kan. kalau ada orang boleh berterus-terang kena dengan caranya, memang hebat la^^

@kakak
nice advice from ur experience kann.. :)

@edi
cayyalahh kawan! pendapat ko memang superb.
memang betol la. kita takleh berterus-terang dalam semua hal.tengok keadaan la kan.nice! thanks fren!

sarah mohamad said...

yess. betul. tapi kadang2 tak tergamak nak tolak kan. tapi tengok situasi jugak la. hiks

kay yea said...

hahaha..kene berterus terang..beru ade tindakan..weee

Maicher said...

@sarah
hemm..tulah pasal. too weak to confront :(

@K
ha.okok