Wednesday, March 27, 2013

Sedih bukan kepalang.



Tak sangka tarikh 26 Mac semalam menjadi tarikh terakhir aku melihat telefon bimbitku dalam keadaan yang sempurna. Harini dia dah cacat. Function slide yang kat bahagian tengah tu dah tercabut akibat terhempas dari paras bahu seorang kanak-kanak gergasi lapan tahun adikku, Adil. Tsk tsk tsk.

Rupa handphone ku yang kini cacat.

Apalah sangat telefon bimbit jenama Finland ni kata korangz. Tapi bagi aku, ia adalah segala-galanya(poyo, muntah bewarna sekarang). K takdela segala-galanya, tapi phone ni memang ada tempatnya yang tersendiri dalam ruangan hati aku. 

Masa di bangku persekolahan dulu, aku mana nak mampu beli handphone guna duit sendiri. Parents aku plak bukan jenis yang senang² nak belikan barang² camni. Jadi kami buat perjanjian. Kalau dapat result PMR 8A baru mereka belikan. 

Alhamdulillah, Allah perkenankan hasrat hati aku untuk memiliki telefon idaman ini pada masa itu (tahun 2008). Tak sangka tahun 2013 ni menjadi tahun cacatnya dia. 

Mungkin tercabutnya button slide ni petanda ajalnya yang dah semakin hampir. Aku takkan sesekali trade in phone ni. Biarlah ia mati di tanganku. Mungkin jugak dia merajuk memandangkan sejak aku ada phone baru, aku jarang menggunakannya. Jangan begini telefonku. Bukan niat tuanmu untuk memperlakukan dirimu sebegitu. Betapa tuanmu ini harap dirimu mengerti~




Rupa sebenar (sebelum cacat).

Bertahan telefonku. Ku mahu tunjukkan dirimu pada anak cucuku. Jangan pergi dulu~~~~

******


Bui-bui.



4 comments:

Unknown said...

budak-budak mmg ganas. hehehe

asliner said...

biasanya tue tanda-tanda nak kene beli yang baru lah tue..:)

syahirooAhmad said...

hahah rare .... sentimental value... gua nak cari la hp lame2.. cam lesung batu.. banyak kenangan

fatinsofia said...

auwww.memg ade niat nk tunjuk kt anak cucu ke???lawak weyh!hahahaha..