Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Fattabiouni.

Masa aku balik kampung harituh, Ayah Su aku tanya.


"Penah tengok fattabiouni tak?"
"Hah? Tak. Cerita apa tu?" tanya aku.


Tanpa cakap cerita apa, dia bukak komputer tablet dia. Dah bukak, dia bukak youtube. Pastuh dia cakap.


"Tengok ni".


Pastuh aku pun tengok la. Dalam hati, aku cakap "Oh, best jugak."


"Fattabiouni ni ada kat tv Al-hijrah. Setiap kali lepas azan Asar ada la rancangan ni. Tak lama, kejap je. Bagus rancangan ni, dia bla bla bla." Terang Ayah Su lagi.


Pastuh bila dah balik rumah, aku tengok la rancangan tu. Serious, memang bagus rancangan ni. Kalau rumah korang takde tv Al-Hijrah, boleh tengok kat Youtube. Type je Fattabiouni Malaysia.


Segalanya di hujung jari. Nak dengan tak nak je.




Memandangkan aku ni seorang yang tinggi degree of curiosity nya, aku google lagi pasal ni. Rupa-rupanya, fattabiouni ni maksud dia, ikuti aku. Maksud aku tu merujuk kepada Nabi Muhammad.


Pastuh aku jumpa la page dekat facebook pasal ni. Aku pun like lah laju². Hihi


Objektif sebenar dia adalah untuk menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW yang sudah banyak ditinggalkan.


Aku cadangkan korang tengoklah jugak. Dan amalkan lah sekali. Sunnah nabi ni, simple je. Tapi pahalanya, Masya Allah.


 Ni antara sunah yang simple yet sangat besar pahalanya. Doa lepas ambil wudhuk.


أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ


Maksud: Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasul-Nya.

Fadhilat: Akan dibuka 8 pintu syurga buatnya dan dia boleh memasuki mana² pintu syurga yang dia kehendaki." Riwayat Imam Muslim & Imam Ahmad ra.



p/s: Time aku ingat, aku ingat kan korang. Time aku lupa, ingatkan aku. <3


Bui-bui

Thursday, November 17, 2011

Anak soleh.


لسَّلَامُ-عَلَيْكُمْ-وَرَحْمَةُ-اللهِ-وَبَرَكَا-تُهُ|

Lately aku rasa facebook bermanfaat plak. Bermanfaat tu bukan dari segi ukhrawi je, tapi duniawi pon. Sebelum aku exam haritu, budak math seluruh IPG buat discussion kat group. Serious style!


So, aku nak share benda yang telah di post kat satu group ni. Sebab aku rasa penting. Serious.


Dari Kitab Tanhibul Ghafilin. (Peringatan Bagi Yang Lalai).
  1. Meninggalkan solat - Ular Qasar sedang menunngu.
  2. Melewat-lewatkan solat - Neraka Wail sedang menunggu
  3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar
  4. Megumpat peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah
  5. Menyebarkan gossip fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka
  6. Tidak menjaga pergaulan - LIBASAN api neraka dijanjikan
  7. Tidak berakhlak dengan manusia - KEMURKAAN Allah bersama mu
  8. Menyakiti hati orang dengan lisan - MASUKLAH mana² pintu neraka
  9. Meringankan amanah - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka
  10. Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang


Untung parents ko dapat anak macam ko. Di mata hazel aku, ko hot stuff. So hot that I will never go near.

Pasal hot stuff ni nanti next time aku story. Tu pun kalau aku rasa nak story la.



Ni ada lagi. P/s kat bawah ni. Pon aku copy paste gak. 


;)

P/s:(◠‿◠) Perubahan tidak semetinya secara terus. Molek sedikit demi sedikit agar istiqamah yang berpanjangan. Bukan mudah. Tapi InsyaAllah dengan usaha+doa+


pengaharapan yang sebenar-benarnya.آمِيّنْ... آمِيّنْ.. آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ




Bui-bui.

Thursday, November 10, 2011

Sebab takboleh tiup air yang panas.

Selama ini ku mencari-cari, aku selalu tertanya-tanya,


Apa reasonable reason tak boleh tiup air yang panas? Aku cuma diberitahu tak boleh, tapi tak pula diberikan sebab musababnya. Tapi aku ikut je sebab nabi yang cakap. (tapi kadang² tiup jugak) 


Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan,
 "Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi).

So the degree of curiosity aku tu sangat tinggi. Meronta-ronta aku nak tau jawapannya. Tanya orang tu, tanya orang ni, semua tak tau. Arghh.




Akhirnya segala persoalan yang galak bermain difikiran aku terjawab bila aku baca satu buku ni semalam.

Rupanya macam ni. Bila kita tiup air tu, kita telah mengeluarkan carbon dioxide, CO2. Manakala air tu kan H20, so bila benda ni bercampur, ia akan menghasilkan H2CO3, that is cuka you alzz! Ada yang taktau cuka tu apa? Cuka tu vinegar la. =='


Oh so kalau tiup air tu sama macam you alzz minum cuka. Oh mann, cuka kot. Cuka tu acid kot!


Nampaknya macam ada orang tak percaya. Cheit, kalau tak percaya, cuba buat persamaan kimia tu sekarang! 


p/s: Membaca gerbang ilmu.


Bui-bui.

Wednesday, October 5, 2011

Sisterly hood.


Ada dua orang adik beradik ni tengah bergaduh. Gaduh punya gaduh, umie dia pun datang. (macam biasa, umie pelerai segalanya.)


Umie     :  Ni kenapa ni kakak, adik?
Adik      :  Kakak yang kacau adik dulu. Adik tak buat apa-apa pun kat dia !
Kakak   :  TIPU ! Bukan kakak yang kacau adik dulu. Adik yang tiba-tiba datang pastuh 
               tarik-tarik rambut kakak !
Adik     :  Tak umie. Kakak bohong ! Adik ...


Belum sempat adik meneruskan kata-kata seterusnya, umie mencelah. 


Umie :    Kakak dengan adik dah solat ke belum ni?
Kakak & Adik : Dah ! (dengan lajunya mereka menjawab)
Umie :  Habis kalau dah solat kenapa kakak dengan adik masih lagi bergaduh?


My daughters. (tak, tipu je :p)


Kakak dan adik kehairanan. Ape plak kaitannya dengan solat ni?? 


Kakak : Umie, what are you talking about? We don't get it. (speaking London siot kakak dia!)


Umie : Tak payah nak speaking speaking sangat lah kan. Solat kan dapat mencegah 
           seseorang daripada melakukan kemungkaran. Tapi kenapa kakak dengan 

           adik masih bergaduh sesama sendiri? Ni mesti tak sempurna solat tu tadi.


Kakak & adik :   Err, hehe. We finish it less than 2 minutes. Thee hee hee.

Umie           :   =='


Lepas tuh dorang mintak maaf antara satu sama lain. Alolololo.

Moral : Selagi mana kita masih melakukan kemungkaran, itu petandanya solat kita masih belum sempurna.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al –Ankabut, 45]

p/s: Solat aku tak sempurna lagi sebab aku mengumpat orang semalam. :(


Go check this. Please.


Bui-bui.

Wednesday, September 28, 2011

Domino anyone?


Salam and hey ya!


Benda ni dah lama, cuma baru teringat nak share ngan you olz. (takleyh bla betol orang yang eja 'you all' as 'you olz'. zz )


Masa zaman sekolah dulu, ada sorang cikgu ni mintak tolong aku cari salotape. Kebetulan masa tu aku nampak Ustaz Salahuddin. (Ustaz yang ajar Bahasa Arab masa aku Form 3) So aku pegi la pinjam kat dia. Sebelum dia bagi pinjam, dia dah carikkan starting point salotape tuh. Kadang-kadang kan macam susah nak cari starting point salotape. So lama jugak la dia ambik masa. Lepas tu bila da jumpe, you olz tau dia cakap apa??


"Alhamdulillah." Nah ambik ni.


At that moment I was like " Ya Allah. This Ustaz amazed me. By just getting the starting point of the salotape, he blurted Alhamdulillah? Allahuakbar.


Gambar tak berkaitan dengan cerita. Tapi berkaitan dengan apa yang perut aku sedang alami. I'm hungrayhhh !


Mesti you olz rasa macam biasa je. Tapi bagi aku tak. Sebab aku rasa macam benda kecik je dapat carik starting point salotape.


Tapi dia cakap Alhamdulillah. Means he thanked Allah for that. For benda kecik like that?


Subhanallah. Awesome ah Ustaz nih. Benda kecik macam tu pun dia cakap Alhamdulillah. Apa lagi kalau dapat benda-benda besar.


Since that aku selalu ingat nak blurt Alhamdulillah. Even benda tu benda kecik je.


Moral: Kita kena selalu bersyukur dan berterima kasih kat Allah atas semua yang berlaku dalam hidup kita. Even benda tu benda kecik je. Cayyalah Mai! (pathetic gila cakap cayyalah kat diri sendiri ==')


p/s: Sorry for the not-related title. I do it all the times. :p


Bui-bui.

Friday, September 23, 2011

Thanks for everything.

Semoga setiap nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku lebih mendekatkan diriku kepadamu Ya Allah.Terima kasih atas segalanya. 


This is beyond my expectation. Alhamdulillah.


:)


Bui-bui.

Saturday, August 6, 2011

Perkara aneh di bulan Ramadan.


Bulan Ramadan biasanya sinonim dengan solat sunat Terawikh. Kalau pegi masjid or surau mana-mana pun, mesti penuh dengan muslimin dan muslimat. Semua orang tak nak lepaskan peluang solat sunat Terawikh secara berjemaah. Hmm, alhamdulillah.

Kartun ini comel bukan? :) Credit goes here.

Tapi pelik jugak, kenapa time solat sunat Terawikh, orang datang sampai tak muat surau, tak muat masjid. Tapi time solat fadhu, (subuh,zohor,asar), orang yang datang tak sampai satu saf pun.

Eh, pelik ni. Bukan solat fardhu lebih utama ke? Tapi kenapa orang ramai lebih utamakan yang sunat plak eh. Err.. hmm...

Aku hanya panjangkan apa yang Imam semalam ni cakap je.
Renung-renung kan dan selamat beramal ;)

Assalamualaikum.

Bui-bui.

p/s: Imam semalam best.


Monday, August 1, 2011

1 Ramadan



Happy Ramadan Al-Mubarak to all my 252 awesome followers!


Cuteness overloaded!


May this Ramadan bring us plenty of rewards and make us a better Muslims in the future, insyaAllah.

May peace be upon you.
bui-bui.

p/s: The right way to spell Ramadan is Ramadan. NOT Ramadhan.



Wednesday, July 13, 2011

Lee Min Ho



Masa aku Form 5, kawan aku ada tanya,

"Hang sebenaqnya nak apa kat dunia ni?"

Pastuh aku macam, err, kena pikir jawapan yang gempak gemilang ni cos budak yang tanya aku ni top student, so jawapan nak kasi kat dia pon mestilah mencerminkan kepandaian serta kebijaksanaan. Tapi aku macam, takde jawapan T.T

Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak kat dunia ni. Let say kalau aku kata aku nak jadi kaya tahap boleh beli burung besi (kapal terbang). Piker-piker balik, bukan tu yang aku nak. Nak kata nak kawen dengan Lee Min Ho. Nahh, bukan jugak tu yang aku nak.



Ammaigad!


Last-last sekali, baru aku tau, motif kawan aku sebenarnya agar kita mengejar akhirat. Cos apa-apa yang kita nak kat dunia ni, kita mungkin dapat, dan mungkin jugak tak dapat. Tapi kalo dapat pon, bukannya permanent. Tapi kalo kejar akhirat, insyaAllah kekal abadi. Baiklah Amalia, kau memang pelajar cemerlang bergabung meletupz.




Nota tambahan: Kawan aku ada cerita. Dia kata akhirat tu ibarat cahaya dan dunia ibarat bayang-bayang. Kalau kau kejar cahaya, hidup kau akan terang dan bayang-bayang pun akan follow kau. Tapi kalau kau kejar bayang-bayang, hidup kau bukan sahaja dalam kegelapan, malah kau jugak takkan dapat mengejar bayang-bayang. Wohohoho. Do you geddit? Maksud dia macam ni la. Kalau kau kejar akhirat, secara automatisnya dunia akan follow kau. Tapi kalau kau kejar bayang-bayang, sampai bila-bila pun kau takkan dapat, bahkan hidup kau pun takkan bercahaya. Yeah, macam tulah lebih kurang.


Amalia adalah tiga dari kiri.



Amalia adalah yang kanan.


Stay awesome y'all!

Bui-bui.



Monday, July 4, 2011

Monday morning.



Pagi-pagi macam ni, teringat kata-kata daripada cousin aku.

"Masa SPM dulu, semua baik je. Lepas solat fardhu secara berjemaah, buat plak solat baa'diyah. Tak cukup lagi, selalu puasa sunat dan baca Al-Quran. Tapi lepas je result keluar, perangai semua berubah drastik gila. Dressing jangan cakap ah. Memang tak sangka dulu dorang perangai baik-baik yang selalu nampak muka kat surau. Hmm."

Cousin aku ni tua beberapa tahun daripada aku. So, dia masuk sekolah berasrama penuh (MRSM) lebih awal ah daripada aku.

Masa dia cakap ni, aku tengah blaja lagi kat MRSM. Dia plak dah kat universiti. So, dia macam menceritakan la betapa bezanya perangai seseorang yang dah lepas alam mencabar minda jiwa dan raga, alam SPM.

Pastuh aku reflect balik diri aku. Ya Allah, aku banyak berubah. Aku rasa makin jahil. Dulu aku selalu pergi surau, mengaji Al-Quran, puasa sunat apa semua.

Tapi kenapa sekarang dah berkurang amalan baik yang aku buat? Astaghrufilullahalazim.

Dulu setiap masa pegi surau. Tapi sekarang kenapa dah tak setiap masa? Apa kau ingat, masa SPM je ke kena jaga hubungan dengan Allah? Please lah berubah sekarang. Jom start balik perangai dulu.

Baiklah semua, ayuh tanamkan tekad untuk berubah. Ya ya.


Tadi aku nampak tak ramai pegi surau. Lelaki tak sampai satu saf. Perempuan lagi cemerlang. Hanya 3-4 orang . (ceh, macam aku pagi hari-hari jugak)

Manusia ni insan biasa. Iman sekejap naik sekejap turun. Bila dengar ceramah, beringat la sekejap. Pastuh lama-lama, lupa.

Hari ni aku ingat, aku ingatkan korang.
Kalau esok aku lupa, korang ingatkan aku eh.

Bui-bui.


p/s: Siapa yang takde pengalaman duduk hostel takkan faham benda ni. Jadi, meh aku explain. Biasanya bebudak yang dok hostel sering diberi peringatan oleh para guru supaya menjaga hubungan dengan tuhan dan manusia untuk mendapat result yang gemilang bergabung meletupz. Sebab tu ah perangai semua macam angel masa Form 5.




Thursday, June 2, 2011

Random sahaja.


Hari ni dah genap 6 hari cuti. Dan hari ni dah habes saya tengok *Secret Garden. (Please don't say urghh.. zzz and so on). It took almost 20 hours to finish and IT IS NOT WORTH IT. Seriously tak best. So to those yang tak tengok lagi, I advice you NOT to watch it.

Furh, caps lock tuh. So make sure baca dengan nada yang betul.
*Secret Garden tu cerita drama Korea.



Hurm, the next random thing is about you. Wow really? Yes ya ya.
Lemme ask you a question.

Have you, even once in a life time, feel like to be someone else?
Ala, macam tiba-tiba rasa nak jadi Emma Watson ke, Lee Min Ho ke, Nur Madihah(budak yang pandai tu.yang orang Kelantan tu) ke, tak pon Brad Pitt. Pernah tak? Pernah tak?

Emma Watson as Hermione Granger in Harry Potter.

Saya rasa, most of us pernah rasa macam tu. Agaknya kenapa eh kita rasa nak jadi orang lain? Mesti sebab kita ingat life orang tu best kan? Sebab tu kita nak jadi orang tu.

Eyh wait, wait. Life orang tu best? Apa maksudnya ni? Macam orang tu good looking+kaya+pandai? So, kita nampak hidup dia macam perfect. Semua ada. Macam tu ke? Well, that's why DULU saya pernah rasa nak jadi macam Nur Madihah. Tapi tu dulu, sekarang saya dah matang. Tiada lagi pemikiran-pemikiran seperti tersebut. Ehem.

Dulu saya nak jadi dia, sebab dia pandai. Bukan pandai biasa-biasa. Tapi pandai gila tip top punya. Dapat result straight 20 A kau! Muka pun keluar paper. Pastu dapat scholarship apa semua. Siapa tak nak kan. But on top of that, dia sebenarnya dah membanggakan keluarga dia. Bangsa dia. And paling utama, agama dia. Furh, tu yang paling best tuh. Sebab tu dulu saya nak sangat sangat jadi dia! Oh Madihah, let's switch nak? Nak tak? Nak tak? Okay dah, mengarut.

This post is actually triggered by a friend of mine. Sebab dia cakap dia nak jadi saya. Jadi saya rasa terpanggil nak tulis ni. To you-know-who-you-are, honestly speaking, takde apa pon yang best pada saya. Jadilah diri sendiri. Use what you have to the fullest. I know you got a problem. Well, everybody does. Saya pon tak terkecuali. What differentiate us is how well we handle the probs.

Kadang-kadang, kita nampak je hidup orang best. Padahal tak best mana pon. Macam kita tengok orang kaya. Mesti kita rasa nak jadi dia sebab dia kaya. Sebab bila dia kaya, dia banyak duit. Bila banyak duit, boleh beli apa-apa je. Yes, apa-apa je. Tapi kita kena ingat, walaupun dia kaya, dia tetap tak dapat lari dari masalah. Contohnya bila ada orang dengki, pastu kena mandrem sampai jadi stroke and etc. See, still tak dapat lari dari masalah jugak kalau kita kaya. (note:true story).

So,jadi la diri sendiri. Cuba appreciate apa yang ada pada diri kita. Cuba cari strength kita. Create identity kita sendiri. Barulah awesome^^

Sekian sahaja random post saya.
p/s:kalau boleh share, anda pernah nak jadi siapa and kenapa?

Bui-bui.

NOTE:
  1. Before this, I've told ya that I'll use 'aku' instead of saya, Maicher, penulis (tak tau lah kenapa aku guna yang penulis tuh.tak leh blah betol.terpengaruh ngan blogger blogger otai lah kot.oh pehlisss lah mai T_T) but I did rethink about it. For several post, I don't think it is appropriate to use the word 'aku'. So starting for today, ikut keadaan lah ye. Ada time guna aku, ada time guna saya.
  2. I can see that I get an increasing number of followers these couple of days. I don't know what made you to follow me. But, thank you for doing it^^


Thursday, April 28, 2011

Berterus-terang?

*Penggunaan Bahasa Inggeris dalam entri ini adalah bertujuan untuk menyedapkan ayat sahaja. Tiada sekelumit niat pun untuk merosakkan bahasa Ibunda kita yang indah lagi comel ini. :)

Sekarang, ayuh kita mulakan pelayaran! (pelayaran apa jadahnya weyy??)

Okay, serious, serious. Jom masuk tajuk sebenar. Hemm.. berterus-terang. Dalam hidup ni, memang susah untu kita berterus-terang. Honestly, aku pun mengalami masalah ni and aku tau bukan aku jea, korang yang baca ni pon sama kan? Err.. tak? Cheit, tak nak mengaku la tu.

So, aku akan bagi korang beberapa situasi yang mana memerlukan korang untuk berfikir. Then, aku harap korang dapat beri pendapat korang kayh?

Situasi pertama
Pada hari raya yang indah, setelah selesai solat Hari Raya apa semua, Kiah seperti umat-umat Islam yang lain pegi la beraya ke rumah sahabatnya, Nora. Setiap taun, rumah si Nora ni mesti akan ada Nasi Dagang. Nasi Dagang ni merupakan makanan kegemaran Kiah. Jadi setiap taun, Kiah pasti akan melantak sebanyak mungkin Nasi Dagang yang disediakan. Namun ditakdirkan pada taun tu, menu Hari raya rumah si Nora ni berubah kepada Lontong. Kiah sangat tidak menyukai Lontong. Atau lebih tepat lagi, benci. Ya, bukan setakat tak suka, malah benci. Nora yang tidak mengetahui perkara tersebut telah menghidangkan Kiah semangkuk besar Lontong. (Nora bagi mangkuk besar cos dia tau Kiah makan banyak). Dengan rasa berat hati, Kiah makan Lontong tu. Bila balik rumah. termuntah-muntahlah si Kiah akibat terpaksa menghabiskan semangkuk besat Lontong yang sangaaaat dibencinya itu.

Situasi kedua
Ada satu pasangan suami isteri. Si isteri ni, daripada kecik, dia memang dah dididik untuk memicit ubat gigi daripada bawah. Dia memang pantang kalau orang picit ubat gigi daripada tengah. Mesti dia akan mengamuk. Namun, takdir telah menemukan dia dengan orang yang sedemikian. Ya, si suami ni ada tabiat di mana setiap kali dia menggunakan ubat gigi, dia akan memicit di bahagian tengah. Setiap hari, si isteri pendamkan aje rasa geramnya. Dalam hati, dia rasa annoy gila. Kalau orang lain, dah lama dia bising. Namun disebabkan orang itu adalah suaminya, dia tahan jea.

Situasi ketiga
Dalam satu dewan kuliah, terdapat beratus-ratus orang pelajar. Jadi, untuk memuatkan semua pelajar, jarak antara kerusi dan meja antara satu sama lain adalah hanya lebih kurang beberapa inci. Ditakdirkan Ahmad ni bersahabat dengan orang yang mempunyai bau badan yang kuat. (Dipercayai disebabkan sahabatnya itu tak pakai deodorant). Jadi, setiap hari, Ahmad sangat terseksa. Namun, dia hanya mampu bersaba
r dan tabah menghadapi nasib yang menimpanya.

So, dah baca kan? Apa pendapat korang? Pada pendapat aku, semua orang dalam situasi di atas tidak berterus-terang dalam kehidupan mereka sehingga menyeksa diri mereka sendiri. Apa salahnya kalau Kiah berterus-terang jea kat Nora yang dia tak suka Lontong kan. Takde la dia kena paksa diri makan Lontong tu pastuh balik rumah muntahkannya balik. Well, mesti sebab Kiah nak jaga hati Nora kan?


Dalam situasi kedua, pasal isteri yang hari-hari annoy dengan sikap suami dia yang picit ubat gigi daripada tengah. Kenapa si isteri tak berterus-terang jea ngan suami dia yang dia tak suka orang picit ubat gigi daripada tengah? Takde la hari-hari dia nak rasa annoy. Mesti sebab si isteri takut si suami kecik hati kan?

Sama jugak ngan situasi ketiga. Macam mana nak tahan kalau hari-hari kena bau benda yang tengik? Mesti hari-hari terseksa kan? Tapi kenapa Ahmad tak berterus-terang jea eh? Erm, ni mesti sebab Ahmad takut sahabat dia terasa kan?

See, semua orang tak berterus-terang sebab nak jaga hati dan perasaan orang lain. Tapi tengok, sebab tak berterus-terang jugak, dorang sendiri yang terseksa.

Jadi, pada pendapat aku, apa salahnya kalau kita berterus-terang tentang perkara sebenar. Tapi MESTI la kena dengan cara yang berhemah. Penggunaan perkataan tu mesti lah betul. Macam mana? Jom tengok bawah ni.

  1. Situasi pertama. Kiah cakap la "Err Nora, banyaknya kau isikan Lontong untuk aku, susah-susah jea. Hee.. sebenarnya, aku daripada kecik lagi tak berapa seteru ngan Lontong ni. Kerongkong aku macam tak boleh nak terima makanan ni. Aku makan biskut raya jea lah eh? Lagipun aku dah dapat dengar macam biskut-biskut tu memanggil jea aku daipada tadi. Hehe.." Cuba insert kan unsur-unsur lawak. Baru la tak nampak ganjal sangat. Mesti Nora faham punya lah.
  2. Situasi kedua. Si isteri sepatutnya memilih masa yang sesuai. Contohnya waktu menonton televisyen. Jangan plak tyme suami baru balik keja eh. Pastu, dengan nada yang lemah lembut plus mengada-ngada, cakap cameh "Darling, kenapa eh, everytime you picit ubat gigi, mesti daripada tengah. I kurang suka la sebenarnya. You tau kan, I kalau boleh nak semua benda nampak comel macam I. So, kalau you picit ubat gigi daripada bawah, tak comel la ubat gigi tu nanti. Kan? (sambil senyum)." See, ada lagi teknik humour. Mesti si suami paham punya la maksud tersirat tu. Takkan la dia lambat loading sangat kan untuk paham maksud tersirat isteri dia yang sebenarnya tak suka picit ubat gigi daripada tengah tu. p/s: Ni cerita betul. Credit tu lecturer aku yang menceritakan cerita ni.
  3. Situasi ketiga. Ahmad boleh cakap camni " Eyt, semalam kan, Rexona ada buat promotion kat Tesco. kalo beli sepacket dapat percuma sebotol. Memandangkan aku dah ada sepacket, aku bagi kat ko la yang ni. Kita kan kawan baik, sebab tu la aku bagi kat ko. Sweet kan aku? (sambil sengeh-sengeh)." Semestinya, unsur humour tu perlu wujud. Well of course, bagi mengelakkan keadaan nampak kaku and dalam waktu yang sama untuk memastikan orang tu tak terasa. Tu yang penting kan?
So, apa pendapat korang? Perlu tak berterus-terang? Ke nak biar jea? Kalo perlu camane cara korang berterus-terang?

Hope to hear from you people.

Itu sahaja.


Bui-bui.


Wednesday, April 20, 2011

Kun Faya Kun




From Him we came, to Him we return.
I was browsing my Facebook account that suddenly I came across this.



Well again, another post from me about death.(click here for the previous post)
This time. It is about my junior. A friend of Ron(my sister). So he was just 18. 18??? Yes, 18.
Pretty young in anybody's book huh? He had suffered leukemia for about 2 years, had coma for about 4 days before he had his last breath.

He never knew that 2 years ago that he will left this world. He never knew. Never.

And now I'm thinking about myself. I just reach 19. Oh Alhamdulillah. Of course, there are a lot of things that I want to do. But but but but... Will I get the chance to do what I want to do? I don't know. And I'll never know.

What happens if He call me next? Really, I really can't think. As for now, I just want to say this.

I am sorry for all my wrongdoings. Really sorry. Truly sorry. I hope you find in your heart to forgive me for I don't have the intention to hurt you. Please, forgive me :'(

I am sorry.


Let's Repent |Forgive me Ya Allah.

p/s:Al-Fatihah tu Amirul Mujahid aka Pak Cik Kordi. May Allah bless him.


Bui-bui.



Friday, January 21, 2011

Ini ketentuanNya.



Salam sejahtera sahabat-sahabatku!

Aku terlebih dahulu ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya.....zzzzzzz (korang pon tau
next ape kan. -,-' )

Okayh, post kali ni aku nak cakap pasal takdir aku.ye ye agak boring, tapi mungkin korang akan dapat beberapa values. ho yeahh!

Kalau korang nak tahu, aku ni masa zaman sekolah rendah dulu tak penah pon ada cita-cita nak jadi dokter gigi. Masa menengah rendah pon sama. Memang tak penah terlintas langsung aku nak amek dentistry nih. Tapi tibe-tibe, bila aku habis spm dan dapat result, aku rasa cam berminat ngan bidang tuh. Tibe-tibe jea tau!

So, sementara nak tunggu dapat tawaran mana-mana, masa lapang aku banyak diisi dengan membaca perkara-perkara dentistry.(masa tu memang aku sangat berminat tahap gaban). Tapi... hati aku luluh, berkecai, pecah seribu lepas tau aku tak dapat scholarship JPA yang aku apply.

Arghh.. memang perit dod. Sukar untuk menggambarkan perasaan yang aku rasa. Mungkin kebanyakan korang pon penah rasa perasaan yang aku rasa kan. Sesuatu yang korang nak sangat, sangat inginkan, tapi korang tak dapat. Hah, sedih dod!

Malam aku dapat tau aku tak dapat tuh, mengalir beberapa titis air mata mutiara korang tau! Hoho, punya lah frust. Aku rasa result aku cam suit je criterea yang dorang nak tuh. Tapi asal aku tak dapat? Selama ni, aku study kaw-kaw, selalu tido lambat bangun awal, korbankan banyak masa, tapi tak berbaloi cos aku tak dapat pon benda yang aku nak. Memang, aku score SPM aku. Aku dapat 1 B(physics). yang lain A. Tapi bagi aku, apa gunanya kalau dapat result best tapi tak dapat kos yang korang nak. Contohnya la, korang minat medic tapi last-last dapat engineering. Mesti korang rasa cam &^%#@@%.


Tapi takpe, mak aku cakap, mungkin bukan rezeki aku kat situ. Lepas beberapa bulan, aku dapat plak tawaran menjadi guru. Hermm.. bukan aku tak minat sebenarnya, tapi al-maklumlah, tyme tu, aku tengah syok kat orang lain, tapi orang lain tu tak syok pon kat aku.tapi ada plak orang lain yang syok kat aku tapi aku syok sikit-sikit jea kat dia.. Haa.. tu secara analoginya la.hihihi

Orang kata, baik pilih orang yang sudi daripada terhegeh-hegeh kat orang yang tak sudi. Ye dak? haha.tak tau la. Maksud aku sebenarnya, baik aku terima jea masuk cikgu daripada aku buat rayuan yang aku tau takkan dapat punya masuk dentistry.(sebab saingannya banyak zaman sekarang ni)

So, here I am! A math teacher-to be. (eh eh asal mode bahse inggeris plak nih). Sekarang ni aku gembira dengan kehidupan aku. Aku dah tak rase ralat pon tak dapat dentistry tuh. Malah aku bersyukur sebab tak dapat. Mungkin kalau aku dapat, aku tengah pulun dok menghafal struktur-struktur gigi sekarang ni.haha. Mak aku cakap, tak semestinya benda yang aku nak tu benda terbaik untuk aku. Dalam Al-Quran pon ada yang ayat216 Surah Al-Baqarah tu kann.,,hermmm


Moralnya:

  • Jangan terlalu berharap sangat, cos kalau tak dapat nanti, korang akan sangat kecewa
  • Menuntut ilmu bukan sebab korang nak dapat result best ataupun nak dapat kos yang korang minat, tapi ingat, sebab Allah.
  • Dengar cakap ibu dan bapa
  • Selalu lah solat hajat kalu korang menginginkan sesuatu
  • Reda lah dengan ketentuan ilahi.sesungguhnya, Dia lebih mengetahui
  • Jadilah guru.sebab guru pekerjaan yang mulia (ok, tak kaitan,semua pekerjaan pon mulia kalu korang niatkan kerana Allah)
  • dan lain-lain lagi yang korang rasa perlu.

Sebenarnya aku tulis post ni sebab semalam lecturer aku ada cakap ayat ni.

" God don't give what you want, but He gives what you need "


Aku rasa sangat benda ni kena kat aku. Aku selau jea nak benda-benda yang aku rasa nak. Tapi tak dapat. Pastu bila last-last baru aku nampak sebab musabab aku tak dapat sesuatu tu. Seriously korang kena paham benda ni.

itu sahaja.
bui-bui.

Saturday, January 8, 2011

Commit suicide?



Astaghrufilullahalazim..


It's been a great shock yesterday. An old friend of mine text me, telling me that she has an intention to commit suicide! Ya Allah.. what on earth had struck her head? She don't used to be like this back the when we're in high school.





She told me that she had gave up in life. She always gave her best in every examination but the outcome was never as expected. Haizzzz..

Whatever it is, still, you shouldn't do this stupid action, nor this thing should never ever come across your mind!.
This is a test by Him. you should bear this in mind.

At first, it was so hard for me to convince her. She don't even pick up the phone.
Haiihh.. so, the only opt left is to reply the message.
Luckily she listen to me. or else.. arghh..
Dear Allah, please give strength to her.a lot of. I plead.

that's all.

Bui bui.





Friday, December 31, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

Tak tergambar perasaan ini rasanya, bila aku akhirnya selesai membaca Novel Sejarah Islam kali ni. Sriyes, walaupun harga bukunya agak mahal (bagi aku lah cos aku takde gaji lagi),tapi, benda yang aku dapat daripadanya memang tak terbayar harganya dengan duit-muit. Subhanallah. Macam mana la aku nak bagitahu korang ni. Perasaan aku sekarang gembira, bersemangat, and dalam masa yang sama aku rasa sedih jugak.(nanti part last aku betau kenapa plak aku rasa sedih).


Sultan Muhammad Al-Fateh | Penakluk Konstantinopel


Berikut adalah informesyen tentang buku ni.

Tajuk : Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel
Penulis : Abdul Latip Talib
Pengedar : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : RM ##.## (takde ar mahal mane pon)


Sengaja aku letakkan deskripsi buku tu. Hemmm… mana la tau kot-kot ada yang berminat nak baca jugak. Wink wink^^

Sekarang ni aku nak cite sikit lah tentang buku ni. So sekarang, korang tarik nafas panjang-panjang, dan hembusss. Oh sebelum tu, mulakanlah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Bismillahirrahmanirrahim…. Sekarang bersedia ? Jom terjah lagi kat bawah.

Untuk pengetahuan korang, dari zaman dulu kala lagi, pemimpin-pemimpin Islam ni bercita-cita untuk menakluki Kota Konstantinopel. Korang rasa kenapa? Tak tahu? Okayh aku bagitau. Sebab, zaman dulu, sesiapa yang dapat menguasai tempat tuh, dia seolah-olah telah menguasai dunia. Fuhh..hebat kan? Hal ini demikian disebabkan kedudukan Kota Konstantinopel yang sangat strategik.(nak tahu camane strategiknya tempat ni, korang baca la buku ni sendiri).


“…kalaulah dunia ini sebuah Negara, maka Konstantinopel ini lah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”

- Napoleon Bonapart –


Daripada pemimpin-pemimpin yang hebat seperti Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufiyan, Sultan Sulaimna, Khalifah Harun Al-Rasyid, Sultan Beyazid yang cuba menakluki Kota Konstantinopel , semuanya gagal. Tapi akhirnya ternyata, berjaya ditakluki oleh Sultan Muhammad Al-Fateh (al-Fateh adalah gelaran yang bermaksud Sang Penakluk),yang pada ketika itu hanya berusia 21 tahun! Uhh mak aihh..mudanya! kalau nak dibandingkan dengan kita sekarang, pada usia 21 tahun ini, masih lagi main-main dan tak serius dalam kehidupan. Berbeza sungguh dengan pemuda tampan yang menyandang pangkat sebagai sultan ini. Adil, bijaksana, berpandangan jauh, berkaliber dan banyak lagi.


“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik”

- Nabi Muhammad S.A.W –




Namun, pada tanggal 3 Mei 1481, Sultan Muhammad Al-Fateh yang pada ketika itu berusia 49 tahun mangkat akibat diracun. Walaupun begitu, beliau redha dengan ketentuan ilahi dan berpuas hati kerana akhirnya hadis nabi menjadi kenyataan.(hadis yang kat atas ni lahh).Sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berwasiat kepada anakandanya. Isk..isk.. nilah part sedih yang aku nak betau nih. Ikuti wasiatnya…



“Ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahanda tidak menyesal denga apa yang berlaku kerana semua ini sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajipan raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentinagn lain janganlah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik yang mereka yang sering melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan penting. Hindarilah bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkannya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam.

Ayahanda berwasiat kepadamu anakandaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.

Kamu ambil pengajaran daripada perjalanan hidupku. Ayahanda dilahirkan ke dunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahanda nikmat-Nya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanjakan harta Negara dengan befoya-foya ataupun bersenang-lenang ataupun kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu”


Sekian saja lah ceritanya. Memang banyak sebenarnya benda yang nak diceritakan. Tapi aku tau korang akan boring kesuntukan masa untuk baca post yang panjang-panjang. Yelah, aku faham, korang nak kena mengaji Quran, solat sunat and so on-so on lagi kann.

p/s:agak-agak korang, kenape aku sedih?


Bui bui.