Sunday, February 2, 2014

Fighters.


Aku kat rumah ni. Tengah cuti sempena CNY. Lama jugak dapat cuti. Lebih kurang 6 hari. Hari ni masuk hari yang keempat. Sepanjang cuti ni, takde apa sangat yang aku buat. Aku just banyak berfikir (biasa banyak gak, tapi kali ni lebih banyak daripada biasa). :P 

Apa yang aku fikirkan? Ada la satu benda ni. Nak tau ke? Lulz.

Okay la. Aku mulakan dengan sedikit muqaddimah. Waseh ada muqaddimah bagai. Hehe. Aku ni suka membaca. Tak kira la bahan apa. Tak semestinya buku. Tapi most of bahan bacaan aku ni bersumberkan artikel dari internet. Aku suka baca pape pon tapi bukan gossip. No, that is so not me. Aku pun banyak masalah, nak tambah baca masalah orang buat pe. Hehehe

Orite here it comes perkara yang aku pikirkan tu. Bila aku membaca, aku takleh nak outsourcekan apa yang aku baca.Yang ada hanyalah input. I process vast input but produce zero output. Macam mana ini adalah satu masalah? Masalah sebab fikir banyak banyak dalam kepala tapi tak mampu menzahirkannya dan ini semua akan buat segala kebernasan buah fikiran tu jadi sia-sia.

Ramai orang kata yang mereka lebih banyak berfikir dari bercakap. Honestly, I think I'm one of them. Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang bagus juga. Sekadar berfikir dalam kepala? Segalanya nampak samar-samar dan tak teratur. Contohnya you got a list of things yang perlu di settle kan but then you just shortlisted it dalam kepala. While you're at it, you have the tendency to lose your priority. But if you create the task flow, everything would be smooth. You got it? 

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah, it's good to exercise your brain thinking potential tapi apa kata kita mula juga melatih diri untuk memfizikalkan yang abstrak? 

Namun, ada lagi masalah kat sini. Penghasilan idea tidaklah sesusah pelaksanaan yang bakal aku lakukan. Segala benda yang aku fikirkan tu tak semestinya dapat disalurkan melalui jari jemari untuk membentuk aksara. Contohnya la kan, dalam exam, aku rasa macam tau je jawapan kepada sesuatu soalan. Tapi bila nak tulis, tangan tetiba rasa  freeze dan akhirnya aku kematian kata-kata. Taktau nak transfer apa yang berada di minda kedalam bentuk ayat ayat jawapan. Jari aku seperti lumpuh untuk mengadaptasi segala buah fikiran aku. Oh whyyyy


Pastu aku berfikir lagi. Apa punca masalah camni berlaku. Pikir punya pikir, aku dapat jawapan. Semua ni jadik sebab aku jarang menulis. So aku mesti jadikan menulis itu satu habit so that otak aku takkan kejang dan jadi lebih fleksibel. 

Aku ni setiap hari bercakap. And that means everyday is my verbal training. Tapi bukan setiap hari aku menulis. So for that cause, aku kena practise abundantly untuk sampai ke satu tahap yang aku puas hati. Insya Allah. 

Korang, doakan Maicher! (even aku tau blog aku tak dibaca pon, sekadar bermonolog dalaman). Wakaka

p/s: Tajuk post ni Fighters sebab Fighters (pejuang-pejuang Islam) yang menjentik semangat kehidupan dalam diri aku. Bleh plak camtu eh. Haha




Bui-bui.


Thursday, January 30, 2014

Desire.


Ada satu hari ni, aku tanya adik bongsu aku,

"Adil, tell me one thing that you want most."

In an attempt to be a great sister, I tried to be supportive in every possible way. Tanya soalan macam tu sebab nak offer dia anything that he always wanted so that dia rasa lebih bersemangat dalam belajar. Aku plan nak bagi la apa yang dia nak tu kalau dia memenuhi kriteria kecemerlangan yang aku target kan.

Memang aku dah ready nak spend duit kat dia. Even dia nak benda mahal pon, aku dah bersedia. Hihu

Aku rasa, kita semua, yang mana ada adik ni bertanggungjawab jaga adik-adik kita. Hubungan adik-bradik ni kena mantop. Sebab dorang jelah saudara paling rapat kita atas dunia yang sementara ni.

Kita kena make sure dorang ni always on track. Nak have fun bukan tak boleh, tapi biar solat, study dia cantik. Baru balance kehidupan.  Gittewhhh ^_^

Ok, berbalik kepada pertanyaan aku kat Adil tadi. 

Dia jawab, 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"I want ibu to live longer. Tu je."



O mak aih. Terus meremang bulu roma aku. Jawapan takde dalam skema otak aku langsung. Aku ingat dia nak gadget ke, Playstation 4 ke, game CD baru ke, jersey ke apa ke. Ya Allah, nak nanges aku rasa time tu.

Adik aku ni baru 9 tahun. Tapi permintaan dia ni tak macam budak 9 tahun. Huhu

Benda yang dia mintak tu diluar kawalan aku, hamba yang hina lagi tiada apa-apa ni. Dalam hati aku, semoga Allah taala panjangkan umur mak ayah aku. 

How could a kid lives in a world where his mom doesn't? That must be hard. :'(

p/s: Teringat Nabi Muhammad s.a.w kehilangan ibunya seawal 6 tahun. Allah... Allah.. :'( Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad. Allahummasolli alaMuhammad.



Bui-bui.


Saturday, January 18, 2014

Broga Hill, Semenyih.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menciptakan alam ini. Yours Trully telah memulakan tahun 2014 dengan aktiviti yang sungguh menyihatkan badan. I ols panjat bukit uols! :3

Disclaimer: Post ni lambat seminggu. Hari kejadian adalah 11 Januari 2014. Kami ke sana sempena meraikan kelahiran Siti Nurhaliza. K merepek. Gurau je. :B

Broga in a picture. All praises to Allah. Very beautiful!

Nama tempat dilawati ala-ala nama tempat di Eropah. Padahal kat Selangor je hehe.

Memandangkan objektif utama adalah untuk melihat matahari terbit dari atas bukit, kami perlu bertolak awal.

Plan asalnya nak bertolak kol 3.00 pagi. Tapi yours trully terlajak tidur and tak sedar. So gerak lambat sket; kol 3.30 pagi. Rasa bersalah gakla sebab 3 buah kereta lagi terpaksa tunggu diri ini (dan seorang lagi sahabat baik). Malu pun ya. And haruslah, sepanjang perjalanan kena bahan dengan sahabat yang menjengkelkan (tapi masih baik hati). :')

Kami start mendaki around jam 4.45 pagi.

Memandangkan kami bergerak dalam kumpulan yang agak besar (19 orang), maka perjalanan untuk sampai ke puncak agak mengambil masa.

Tapitakpaaa. Kat sini sebenarnya kita nampak sifat-sifat sahabat yang supportive. Yang lelaki pon bagus. Protective level 452 Candy Crush. Two thumbs up!

Sampai kat peringkat first tak masuk Subuh lagi. So we waited for the adzan kejap then perform Subuh prayer berjemaah-ly. Swag! Hebat! Mantiaps semua ar. Sorang dari team kitorang siap azan kat atas bukit tuh.


Suasana yang pada asalnya agak bising tetiba semorang diam. They're all respecting the azan. Rasa macam wow, like power ar and hoyeahh furh gempak gembira bangaa!



Muslimah sejati, sentiasa dihati~ :B


Sampai kat puncak around 7 pagi.

Suasana yang begitu mendamaikan. Permai, tenteram dan sejahtera. Belasah la pemilihan kosa kata ni ngaaak.


Yang azan yang pakai topi tu. Junior PJ.







Team Melewarawrrr.

Kesimpulanya, if you intend to shed some fat, go hiking. Can be very helpful. :P


Till then, bui-bui.